Thursday 30 October 2008

Nei Urundai

Nei Urundai ni satu daripada baaaaanyak manisan orang India yang biasanya dihidangkan semasa Deepavali. dah namanya manisan, rasanya tentulah manis, tapi tidak keterlaluan. lebih kurang macam kuih arab kita sementelah bahan yang digunakan juga adalah minyak sapi.
biasanya kuih ni kalau saya lihat, dibungkus dalam plastik berwarna-warni. sesuai sangatlaa ngan tema perayaannya.
okeh, kepada yang berminat nak cuba (untuk raya tahun depan), bolehlaa ye. disini saya sertakan resepinya.

Nei Urundai (ghee balls) source: Flavours

100gm minyak sapi

10gm badam, cincang kasar

10gm gajus, cincang kasar

10gm raisins

250gm tepung kacang hijau

250gm gula pasir

Panaskan pan dan cairkan minyak sapi. sebaik sahaja minyak sapi panas,
masukkan kekacang dan masak hingga kekuningan atas api sederhana. kecilkan api
dan tambahkan tepung kacang hijau serta gula pasir. gaul rata sampai jadi
doh.

padamkan api dan alihkan doh ke atas pinggan leper. bentukkan doh ini
bulat-bulat sebesar buah limau nipis (dengan tangan ye!) dan aturkan di atas
tray, biarkan sejuk dalam suhu bilik.

Nei Urundai tahan selama sebulan jika disimpan dengan baik
didalam bekas kedap udara.

kalau orang lama nak bikin tepung kacang hijau, banyak kerjanya serta rumit. menurut my mak, kacang hijau perlu disangai dengan baik supaya rata masaknya sebelum di giling smpai jadi tepung.

kalau orang Melayu kita, tepung kacang hijau ni untuk biki kuih putu la. ada yang tak kenal kuih putu ke? sedap tau kuih tu. saya tak reti bikin, tapi ada juga hajat nak belajar. kalau ikut cara moden tah jadi ke idak. sebab kalau tak kena cara, kuih tak sedap, dan cepat rosak.

No comments: