Bahan-bahan:
1 paket agar-agar kering [strips] -3.5gram lebih kurang [dibahagi dua bahagian dan direndam [dalam dua bekas] terlebih dahulu sehingga lembut.
A:
1 liter air
santan pekat [saya gunakan santan segera -Harmuni]
3 sudu gula pasir
B:
1 liter air
1/2 [setengah] cawan gula merah cap Bintang
3 sudu makan gula pasir
Caranya:
1. mula-mula kena buat bahagian yang berwarna putih terlebih dahulu [A].
dengan 1 liter air, masakkan satu bahagian agar-agar yang telah direndam tadi. msaak sehingga air mendidih dan kepingan agar-agar tadi hancur. tambahkan 3 sudu gula pasir. apabila gula telah larut, tambahkan santan pekat bergantung kepada citarasa. kacau sebati.
tuangkan kedalam bekas dan biarkan keras.
2. seterusnya buat bahagian gula merah [B].
bancuh gula merah dengan 1 liter air tadi sehingga melarut. kalau ada sebarang kekotoran [gula merah kadang kala ada pasir halus] tapiskan dulu sebelum bancuhan ini didihkan atas api. bila dah mendidih, masukkan agar-agar dan masak sehingga kepingan agar-agar tersebut hancur. tambah tiga sudu makan gula pasir [kalau perlu]. kacau sebati sehingga gula larut.
3. tuangkan [B] dalam bekas yang cukup besar. jangan isi penuh sebab nanti kita nak masukkan agar-agar putih [santan] yang disediakan lebih awal tadi, takut melimpah pula. kalau perlu, buat dua bekas.
4. agar-agar santan yang telah keras tadi dipotong kiub. nak besar, nak kecil, terpulang. nanti kalau dah jadi agar-agar kemenyan, tetap akan dipotong juga sebelum dihidang...hehehe
5. tuang agar-agar santan ke dalam mangkuk yang mengandungi bahagian [B]. biarkan keras.
sejukkan didalam peti sejuk sebelum dipotong-potong dan dihidangkan.
tak sempat tulis diatas:
agar-agar sedap kalau manis. tapi jangan pula terlalu manis, nanti tak lalu nak makan. jadi, tang gula tu, agak-agak la. saya suka agar-agar yang rasanya 'manis-manis buah'.
kalau ada daun pandan, boleh juga ditambah sewaktu mendidihkan air dan gula merah. daun pandan akan memberikan bau yang enak. tapi kalau tak ada daun pandan tak apalah. jangan pula tambah esen pandan, tak jadi!!
kredit kepada DYLArizadi yang memberi inspirasi untuk agar-agar kemenyan ini. resepi asalnya menggunakan susu sejat, tapi saya gantikan dengan santan sebab tak ada stok susu sejat. hehehe
kepada MamaFami, silalah cuba. terima kasih diatas kesudian mama. *wink* *wink*
1 comment:
Huhuhuhu... Nama dah naik, kenalah cuba ni, kalau tidak, cikgu suruh diri atas kerusi. Mau patah kerusi tu nanti! Ahakss...
Thanks Normi. InsyaAllah akan mama usahakan....
Post a Comment