Friday, 31 July 2009

Rojak sederhana.

Mungkin pernah anda lalui, apabila terasa inginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah ceritanya dengan rojak kali ini. Punyalah teringin, jadi, berbekalkan bahan yang seadanya, gagah juga buat.

Mungkin agak remeh, manakan tidak, nak buat kuahnya sahaja sudah menngambil masa. percayalah, saya mula kelentang kelentung didapur seawal pagi, sebelum anak-anak bangun. dimulai dengan menyagai [sangrai] kacang. itulah kerja yang paling remeh [bagi saya].

Resepi kuahnya saya rujuk daripada buku 'Sajian Keraian, Perancangan, Penyediaan & Resepi' tulisan Noraini Sidek. Resepi daripada buku ini, iaitu resepi kuah rojak mi dan pasembur, adalah berbeza daripada resepi gado-gado, meskipun ketiga makanan ini [rojak, pasembur dan gado-gado] adalah sama!

antara yang paling signifikan adalah penambahan/pengurangan penggunaan keledek sebagai salah satu bahan dalam kuahnya. dalam kuah rojak mi dan pasembur ada, tapi dalam kuah gado-gado [indonesian recipe], penggunaannya tiada. Fungsi keledek itu, selain daripada memberikan rasa manis dan menambahkan keenakan, ianya juga menjadikan kuah rojak / pasembur lebih pekat.

Ok, dibawah ini resepinya;

Kuah Rojak / Gado-gado

200 gm kacang tanah disangrai dan dikisar.
10 tangkai cili kering
cili api sebagai tambahan
1 cm belacan
7 ulas bawang merah
gula melaka
gula pasir [jika perlu]
air asam jawa secukupnya
minyak masak
garam

Caranya;
Kacang tanah disangrai dan ditumbuk / kisar. saya suka agak kasar.

Cili kering, cili api, belacan dan bawang juga disangai berasingan, kemudian ditumbuk lumat atau dikisar.Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan cili dikisar sehingga naik bau. masukkan kacang tanah. kacau rata.

Tambahkan air secukupnya dan biarkan mereneh. Kuah ini perlu dikacau selalu supaya kacang tidak mendap didasar periuk, takut hangus pula. sebaiknya, kuantiti air ditambah sedikit demi sedikit sehingga kacang cukup masak dan dapat kepekatan kuah yang diingini.

tambahkan pula air asam jawa. sesuaikan rasa dengan gula melaka dan garam. kuah rojak pada kebiasaannya berasa manis.


perhatikan bahawa saya tidak menggunakan keledek disini berbanding resepi lain kuah rojak.

Bagi bahan rojaknya pula, saya gabungkan bahan yang ada didapur iaitu hanya kentang rebus, telur rebus, sedikit mee kuning yang dicelur, salad dan cucur tepung. Lain-lain, jika ada bolehlah tambahkan tauge celur, hirisan timun...ermm..apa lagi ya?

untuk cucur tepung;

Cucur tepung.

Tepung gandum
Air
Kiub pati ikan bilis / ikan bilis ditumbuk halus
Yis kering
garam

Cara;
Gaulkan kesemua bahan. konsistensi bancuhan seperti mana hendak membuat cucur, seperti kebiasaannya.Rehatkan bancuhan sementara waktu kira-kira dalam setengah jam.

Goreng seperti membuat cucur.


Enjoy your rojaksss!

No comments: