Tuesday, 4 August 2009
Popia goreng.
Popia is one of my favourite tea-time treat. Dihidangkan bersama dengan sambal cili. aduuhh...memang best. Popia, samosa... aa, satu keluarga lah tu. memang saya suka. Kalau dapat popia basah, laaaagi saya suka! Tapi agak jarang sekali saya dapat menikmati popia basah yang benar-benar sedap.
Dalam pada bersenang lenang beberapa hari lepas, tergerak rasa nak bikin popia. Pernah juga buat popia basah, tapi sekali dua sahaja seingatnya. paling sering, popia goreng inilah. Mudah sahaja, manakan tidak, kulit popia boleh didapatkan dengan mudah dipasaraya. kalau popia basah, kena kerja keras sikitlah membuat kulitnya tu [tapi pernah saya terjumpa ianya ada dijual di pasaraya].
jadi, bahan-bahan dah ada, jomm...
Popia [Spring Roll]
Kepingan kulit popia [beli di pasaraya]
bawang besar [potong dadu]
bawang putih [crushed]
ayam cincang
mix-vegetables -jagung, kacang pis dan lobak merah
sengkuang
daun sup
sedikit sos tiram
garam -jika perlu
Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi. masukkan ayam cincang, mix-vege serta sos tiram. gaul rata, biarkan seketika sampai ayam dan mix-vege cukup masak.
Kemudian masukkan sengkuang. Gaul rata. Sengkuang akan keluarkan air, jadi, masaklah sehingga agak kering.
Inti tadi biarkan sejuk sebelum digulung dalam kulit popia.
Pernah seorang kenalan bertanya bagaimana caranya saya buat popia goreng yang cantik gulungannya, tidak koyak atau terbuka kulitnya.
Jawapan saya, tiada cara yang berbeza cuma;
Pastikan inti cukup kering, dan tidak basah. Jadi, samada dimasak sehingga agak kering [tidak berair] atau toskan kuah yang berlebihan. Ini kerana, kuah tersebut akan menyebabkan kulit popia menjadi basah dan mudah koyak, selain sukar dikendalikan.
Selain daripada itu, sewaktu melekatkan kulit popia [sewaktu menggulung] saya juga hanya gunakan air, tiada campuran tepung atau telur. Sapukan rata pada 1/3 bahagian kulit sewaktu menggulung popia, itu sahaja. Pakai jari je pun, tak payahla nak beria benar pakai berus segala....
hehhe
Apabila dah siap semua gulungan popia, maka gorenglah secara deep-fry. Minyak biar betul-betul panas, dan kekalkan api sederhana. Tak perlu goreng lama pun, kena caranya, dapatlah popia goreng yang rangup!
Kalau goreng dengan api kecil, popia akan menyerap minyak. euwww...
Sos yang sedap dimakan bersama popia ini biasanya adalah sos yang dibuat sendiri [ini pilihan saya ya, orang lain mungkin makan dengan sos dalam botol yang dibeli di kedai tu sahaja! hehehe].
Sos cili.
Lada besar 3 biji
Cili kering kisar 3 sudu besar
bawang putih 1 biji
sedikit minyak masak /minyak bijan
sedikit kiub pati ayam.
Cuka
Air [ditambah sedikit demi sedikit]
garam -jika perlu
gula
Cara:
Campurkan semuanya didalan medium heavy-base pan dan renehkan diatas api sederhana. setelah menggelegak, teruskan mereneh diatas api kecil. Sesuaikan rasa masam cuka, garam dan gula mengikut citarasa.
Kepekatan juga ikut citarasa, sebaiknya air ditambah sedikit demi sedikit sepanjang tempoh mereneh.
Resepi sos cili ini juga sering saya gunakan untuk nasi ayam. dan biasnya saya buat lebih, dan diisi dalam botol, disimpan dalam peti sejuk. Ada masanya, turut dimakan bersama cucur bilis, bawang atau tuna.
nyaaammm.... memang teman yang best!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wallah! my fav ni, normi ;]
yg ni saiz standard popia kan? makcik aku kata kat pasar malam rumah dia ada jual popia goreng panjang2..huhu.
oh ya?
so biasanya apa inti pilihan cik bar|ne? ceritalah skit... kot ada kelainan.
aku suka juga guna daging cincang dan tambah serbuk lada hitam.
kalau panjang popia tu, mesti kulitnya besaaaaarrr. ke cemana?
Post a Comment