Wednesday, 12 August 2009

Gulai Lemak Ayam

Berhujung minggu dirumah memang bukan kebiasaan kami, namun sejak penularan wabak H1N1 itu, kami membiasakan diri untuk mengurangkan aktiviti di luar, sekadar mengambil kangkah berjaga-jaga, yang terbaik untuk semua.

Jadi, dalam berseronok dirumah, kami sekeluarga menonton tv, saya pun dapat meneruskan menghayati novel tulisan Khaled Hosseini yang meruntun jiwa dengan aman dan selesa.

Lebih mengujakan apabila ada orang menghulurkan tangan, menyatakan kesediaan untuk memasak. aduuuhhh... rugila kalau menolak, kan?

Kata beliau, ingin menikmati gulai lemak ayam. bukan cara Kelantan atau mana-mana, tapi cara beliau sendiri. kira macam resepi rahsia la gitu. sambil beliau mengkucar-kacirkan dapur, saya sambung bersenang-senang membaca novel sambil melayan anak-anak.

berbeza benar rasanya bila ada orang panggil makan dan hidangan sudah tersedia, pinggan juga sudah siap diatur dengan nasi panas diatasnya... [macam dah terlupa pula bagaimana perasaan tu... hehe]

tapi satu. ya, lauknya. cuma satu. iaitu Gulai Lemak Ayam itulah. Jadilah, kan...

Gulai Lemak Ayam


saya tidak tahu apakah resepinya. bila ditanya, "rahsialah... rahsialah..." [amboi.. you!]
yang dapat dilihat, ada serai, ayam, cili kering, kuah terdiri dari santan dan minyak. dan bahan-bahan bawang serta yang lainnya [saya tidak pasti apalagi, sebab beliau tidak menyatakannya] ditumbuk dengan lesung. kalau saya? guna blender machine saja, nak cepat!

berulang kali anakanda memuji masakan ayahandanya sedap [anakanda memang suka gulai lemak!] ayahanda apa lagi... "boleh buka kedai ni. ishh.. ishh... sapa laa yg masak ni?"

saya? angguk aje lah. khusyuk melayan selera sesekali merasa airtangan orang lain dirumah ni, pada hujung minggu pula tu. dimanjakan gitu....

No comments: