Tuesday, 25 August 2009

Pak Choy Sos Tiram



Hidangan ini paling senang nak dimasak, cepat dan pantas.



Celur Pak Choy [sawi pendek/kontot] -didihkan air bercampur garam dan titisan minyak masak, kemudian masukkan pakchoy. sekejap sahaja, supaya zatnya tidak hilang.

Sos Tiram

2 biji bawang putih -crushed
1 sudu makan udang kering -ditumbuk halus
2-3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair manis
minyak untuk menumis dan air secukupnya

Cara:
Tumis udang kering sampai wangi, tambahkan bawang putih, kacau rata. tambah sos tiram dan kicap serta air secukupnya. Biarkan merenih seketika. kepekatan kuah ikut citarasa.

Susun Pakchoy dalam pinggan hidangan, dan curahkan sos tiram tadi.

setel!

2 comments:

DYLA said...

aku salah sorang penggemar pak choi!

ye mmg mudah kan masak ni. simple ^ sedap. buh je sos tiram

Unknown said...

dalam bergegas pun boleh siap masak hidangan ni...