Wednesday, 18 November 2009

Kek Gula Hangus @ Sarang.

Harini I ketengahkan resepi Kek Gula Hangus atau disebut oleh cik Julia Kek Sarang berdasarkan hasil akhir pada kek. Cantik dan sedap dimakan! I teringin nak mencuba buat kek ni selepas menonton rancangan masakan yang dikendalikan oleh chef Liza Zainol beberapa bulan lepas, tetapi sewaktu menontonnya I terlepas nak salin resepi dan hanya ingat-ingat-lupa beberapa method yang telah chef Liza Zainol berikan ketika itu.

Walaupun tak dapat resepi chef Liza Z, resepi dari sudipkayu ni pun sudah cukup memuaskan hati.

KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:
gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 camca besar mentega

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Ini akan mengambil sedikit masa. untuk hasil yang baik, harap bersabar ya.

Apabila semua gula telah bertukar jadi karamel, masukkan air panas (masuk sekali gus, jangan teragak-agak) & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

seterusnya...

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur

Cara-cara:
Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

sumber resepi: dari sudipkayu


Pertama kali buat I ikut keseluruhan resepi. Alhamdulillah, hasilnya memang amat membanggakan. sarang yang terhasil juga cantik. I perap adunan selama 4 jam sebelum dibakar dalam oven pada suhu yang disebutkan dalam resepi. tiada bahan yang I skip kecuali esen Vanilla -tak ada dalam stok. Dan sewaktu membakar pula I gunakan teknik steam-bath [loyang terendam dalam air] untuk mengelakkan kek  hangus dan masak tidak rata. Alasannya kerana, my oven kadangkala a bit kong-keng [read: bermasalah].

Merujuk balik sumber resepi, ada beberapa commenter yang bertanya bagaimana kalau kek ini dikukus? I pun tertanya-tanya juga, tapi pemilik blog tersebut tak berikan respon pula.

Kedua kali I cuba pula masak kek ni gunakan kaedah mengukus, dan tempoh perapan bancuhan kek pula hanya 1 jam. Hasilnya? berbeza daripada kaedah membakar.

Kaedah Bakar:
Kek yang dibakar dengan suhu sederhana mengambil masa agak lama untuk masak. ini membolehkan kek naik secara perlahan dan membentuk 'sarang' hasil daripada tindak balas baking powder/soda dalam bahan resepi. Untuk hasil sarang yang cantik juga, I rasa sebaiknya, adunan dituang terus ke dalam loyang pembakar, perap dan bakar.


Kaedah Kukus:
I kukus dengan api sederhana, kepanasan kukusan dengan oven tak sama dimana kukusan lebih panas dan ini menjadikan kek naik dan masak dengan cepat. Tiada hasil ber'sarang', dan kek seperti kek biasa. Namun rasanya tetap tidak terjejas.


Kesimpulan:
Kaedah bakar menghasilkan kek sarang, dan kaedah mengukus menghasilkan kek gula hangus. 3 kali I buat kek ni dengan membakar, dan sekali dengan mengukus, memang itulah hasilnya.

I nak baca laporan sahabat I pula. Apa kata mereka?

1 comment:

Unknown said...

eemmm....kek dulu lebih sedap..dr kek berkrim. Omak2 pun lebih suka..mmg nak try buat cuti ujung mggu nih..
lagi satu nnt bole x ajar wat resepi kek dam plak...btw..thanks 4 you resepi ni...