saya cuba roast chicken gunakan perencah Patak's Balti yang kak eyja bagi beberapa minggu lepas...
hasilnya memang sedap dan menyelerakan dengan haruman daun ketumbar.
ayam dicuci bersih, potong empat atau kalau nak masak one whole bird pun boleh.
sediakan dulang pembakar, alas dengan foil aluminium (cukup besar untuk bungkus ayam). hiris kentang dan aturkan didalam loyang pembakar tadi.
dalam bekas lain, gaulkan rempah Balti pada ayam (pastikan ayam telah ditos airnya, dan dilap supaya kering dengan kitchen towel. ini bagi memastikan rempah elok melekat pada ayam)...keseluruhannya. Letakkan ayam diatas kentang, didalam dulang pembakar. tambah extra rempah Balti ke atas ayam tadi, susunkan hirisan tomato disekeliling ayam dan juga dibawahnya. kalau ada lemon pun boleh ditambahkan. hiris lemon dan susun bersama-sama tomato serta beneath the chicken. akhir sekal, taburkan hirisan halus daun ketumbar, garam dan serbuk perasa (kalau suka). dalam masakan kali ni, saya tak letak garam dan perasa kerana rempah Balti dah cukup berperasa (but my MIL memang selalu kata saya ni 'penawar' orangnya, dan my Dr. SisIL always prefer MIL to stay with my family so that her blood pressure & sugar will always under-controlled).
Bungkus ayam tadi dengan foil alum dan bakar didalam oven selama 1jam. after an hour, bukakan foil dan bakar lagi dengan api atas sehingga ayam kelihatan agak garing. hidangkan panas-panas...yummmmy! memang best!
No comments:
Post a Comment