Sunday, 28 December 2008

Air Soya

salaam.

mula asal tujuan membeli kacang soya adalah untuk dibikin tempe. ye, TEMPE atau TEMPEH. tapi bila difikir-fikir, saya ni tak pandai / mahir untuk me'ragi'. buat tapai kureng menjadi. buat kuih apam pun tak menjadi. jadi bila difikir-fikir semula, daripada membazir kesudahannya (kalau tempe tak menjadi), lebih baikla saya bikin air soya. lagi sodaaaaaaaaapp!


ni memang tengah rajin la ni... siapa-siapa yang pernah cuba bikin, tahula macamana rumitnya persediaan untuk buat air soya ni. silap satu step tak menjadi, ada kalanya masam la, hangit la, pahit la...

dengan penuh tekad, saya nak juga belajar mencuba buat air soya ini. dan hasilnya tak mengecewakan. bukannya banyak pun, kacang soya sekadar 300 gram, dapatla dalam lebih kurang 1 liter.

puas hati dapat buat sendiri. lebih puas hati bila Mr. Hubby, my mak and sista sibuk bertanya "eh, dah habis ke air soya tu...?"

Bahan:
300 gram Kacang soya
6 cawan air

cara:
1. basuh kacang suya dan rendam semalaman sehingga kulit arinya menggelupas. asingkan kulit ari dari kacang soya (dibuang) sampai bersih.


part ni rumit sikit, kalau dibuat secara manual. jadi bersabar lah ye....
kalau ada mesin, mudahla. tapi setakat 300gm kacang soya, tak banyak pun sebenarnya.

2. cuci dibawah air mengalir sehingga bersih dan kulit ari betul-betul tak ada, kemudian rebus sehingga masak atas api sederhana. bila dah menggelegak, kecilkan api, masak lagi sehingga kacang agak empuk (tapi tidak lembut sangat).


3. buang air rebusan tadi, dan kisar kacang tadi sehingga hancur dengan air secukupnya.

4. tapis & perah kacang yang dikisar tadi dengan kain penapis dengan lubang paling halus sampai tinggal hampas.

saya cuba tapis dengan coffee maker ni, tapi tak berjaya sebab lubang tapisan tu agak kasar. so, gunakan penapis kopi jenis kain jersi tu je...

5. perahan soya tadi dimasak atas api kecil dan dikacau selalu sehingga naik wap. kalau ada, masak air soya ni dengan daun pandan supaya harum, sedap baunya.

sedap dinikmati dengan sedikit air gula, samada suam atau sejuk. urrmmm.....
saya suka!



lain orang, lain caranya;
* ada orang tak buang pun kulit ari tu. err....kata orang nanti air soya tu pahit rasanya.

* ada orang tak rebus kacang soya tu, terus je kisar. air perahannya tu barulah dimasak. boleh juga.

5 comments:

DYLA said...

normi,
aku pun tak penah buat. kene blaja ngan mak aku ni.. msalahnya ialah malas...

tggu rajin ntah bile.

air soya rasenya lg sedap yg dibuat sendri jugak.

Unknown said...

betul, pada citarasa aku pun gitu gak...sedap yg dibikin sendiri.

adi said...

sonoknya dpt kongsi and citer pasal resipi..hehe..yong buat soya rendam dulu.soya ada jenis dia.kalau beli kat jusco ada jenis dari canada,us,uk kira sedap..belemak sket..kalau dari indon tak sedap sgt tawar dan nipis rasanya.yong pun baru tau mende ni.yong lepas rendam terus blend..pastu tapis pastu masak.buang buihnya..haa..gitula..anak yong raniah suka minum soya.

yanyayan said...

Adoi... rajin betullah ko ni... Aku ? Entahlah bila....

Unknown said...

adeh la...sebab tak buang kulit ari dia la ni, air soya aku buat rasa pahit...sedap, lemak, harum dh ada, sekali pahit plak..potong stim...lain kali kena jaga pantang larang ni...thanks ye normi bg tips.