Friday 9 January 2009

Ikan Siakap (goreng) Sambal Asam Pedas.

assalamuaalaikum semua.

saya belum berkesempatan menuliskan resepi ini dengan sebaik-baiknya. apa yang dpat saya lampirkan pada ketika ini cuma seditkit cerita-ceriti sahaja...

okeh,
ikan siakap sambal asam pedas ini, seperti namanya; pertama sekali ikannya saya goreng garing. cukup sekadar ikan digaul bersama garam kunyit sahaja. goreng garing mestilah deep-fry. mungkin dirumah agak sukar nak dapatkan ikan segaring yang dogoreng di restoran.

saya memang agak keberatan sedikit bila tiba bab nak menggoreng ikan besar-besar ni, sebabnya terpaksa gunakan minyak yang banyak untuk deep-fry. fuhh...! forget it anyway, nak makan punay pasal...hehehh

so, ikan tu digoreng dalam minyak yang banyak, kuali yang besar, api yang sedang-sedang supaya ikannya elok masak, rangup dan tidak serap minyak (euuwww, oily....i don't like that part!) selesai satu bahagian itu, ketepikan.


untuk sambalnya itu pula, bahannya adalah bahan-bahan yang sama untuk masakan asam pedas (yang popular di Melaka dan Johor). maksud saya, bukan asam pedas style Kelantan (yakni, asam rebus kalau di sebelah Barat Semenanjung).

okeh, bahannya...
bawang merah, bawang putih, halia, belacan -dikisar halus. saya suka bawang rose yang kecil tu, kalau tak ada atau malas nak kupas banyak, gunakan bawang besar yang berwarna merah tu pun boleh. kurang kerja mengupas. bukan bawang besar Bombay tu tau. lain rasanya. tapi, terpulanglah kalau cuma itu yang ada didapur kalian..heheh

cili, ya...cili. gunakan cili kisar. saya memang sentiasa sediakan stok cili kisar. mudah bila tiba waktu nak memasak.

serai dititik.

sediakan dan panaskan minyak secukupnya untuk menumis, tumis cili giling berserta bahan bawang kisar tadi sehingga naik bau wanginya. kemudian masukkan serai yang dititik.

nak cerita tentang matematika di dapur skit. kalo masak asam pedas ni, saya suka bawang kisar yang banyak kerana ini akan memekatkan kuah. nisbah cili kisar dengan bawang adalah 1:2.5 lebih kurang. kalau i senduk cili kisar, maka dua setengah senduk bawang kisar...begitulah yang saya cuba maksudkan.

okey, tumisan tadi, kacau selalu jangan smpai hangit pula. tambah air sedikit demi sedikit. kalau tambah banyak sekaligus, lama pula masa nak menuggu sambal tu pekat, jadi, sebaiknya sedikit demi sedikit, bila pekat, tambah skit lagi sehingga cili ckup masak. dalam pada itu, tambahkan assam jawa.

peerasakan dengan garam dan gula secukupnya. kalau ada daun kesum atau daun assam keling, atau daun limau purut pun boleh ditambahkan untuk extra bau dan rasa. kalau tak ada tak apa.

bila sambal dah siap, tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi. perahkan asam limau kasturi sewaktu menikmatinya...wallaaaahhh....sodapnyo.

cara lain untuk resepi ini,
resepi sambal yang sama, kalian boleh gunakan untuk menikmati ikan bakar. uii...ala-ala yang dimakan di restoran gitu.

caranya, ikan dibakar ikutlah cara manapun -oven atau atas pan pembakar atas dapur, beberapa minit sebelum diangkat, tuangkan sambal assam pedas ni...nak makan perah pula asam limau kasturi. fuyoooo....best woo!

cuba, okeh! dan jangan lupa kasi feedback. komen sangat dialu-alukan kalau ada yang terkurang pada resepinya.


No comments: