Friday 23 January 2009

Tempeh.

selepas tutorial (ecececewaaaaaahh) membuat ragi tempe sebelum ini, maka inilah pula tutorial untuk membuat tempe nya.

jenuh saya nak menjawab persoalan persoalan tentang tempoe nasi hari tu. boleh ke dimakan? sedap ke? sama ke rasanya macam tempe kacang soya?

aduh..duh..duh...
kan ke sudah diterangkan yang tempe nasi itu sebenarnya adalah satu proses untuk bikin ragi tempe...kerana saya ada sikit sahaja ragi tempe asli. jadi, sebagai bekalan untuk memastikan produksi tempe yang terus menerus, saya harus membanyakkan ragi yang ada sedikit itu dengan cara 'menternak'nya dengan nasi. err...faham tak ni?

and the stories goes as you read from tempe I.

dan kali ini saya akan tuliskan cara bagaimana tempe itu dibuat.

Bahannya adalah kacang soya dan ragi tempe sahaja. air untuk merebus takkan perlu ditulis sebagai bahan juga? apa-apa lah...hehehhh

kalau diikutkan resepinya, 2gm ragi sudah cukup untuk 1kg kacang soya. tapi percubaan pertama saya bikin tempe tak la buat sampai 1kg. takut membazir kalau tak jadi.

saya cuba buat dengan 1 cawan kacang soya sahaja. macam sikit sangat pulaknya ye?

1. kacang direndam semalaman sehhingga kulit arinya menggelupas. kulit ari tersebut perlulah dibuang. bab ni memang remeh la...tapi disebabkan saya buat sikit, cuma 1 cawan kacang soya, tidak la terasa sangat namun lenguh juga jari jemari ni nak meramas kekacang tu supaya kulit arinya tertanggal.

cara yang mudah, kalau buat banyak, tu yang kita pernah dengar orang buat tempe, kacangnya dipijak-pijak. haaa...tujuannya untuk buang kulit ari kacang soya lah.

satu cara lagi yang saya buat, kacang tu saya rebus sahaja tanpa perlu merendamnya semalan. rebus atas api kecil sampai kacang tu elok kembang dan kulit arinya lebih mudah dibersihkan. kalau boleh, buang dan bersihkan kulit ari sebaik mungkin jangan tinggal saki baki sedikitpun.


2. selesai membuang kulit ari, kacang soya direbus pula sehingga naik bau. kali ni, rebus atas api kecil juga dengan air yang cukup-cukup separas kacang tersebut. kalau step pertama tadi kalian dah rebus, maka step ke-2 ni tak perlu rebus lama. dalam 20 minit cukup.

tapi kalau dalam step 1 kalian pilih untuk merendamnya, maka step ke-2 ni perlu lama skit la...rebus dalam 30 minit gitu. atau sampai naik bau kacang soya tersebut. sewaktu merebus ni, buih-buih halus berwarna putih akan terhasil.


3. setelah siap direbus, kacang soya tadi di tapis dan buang airnya. diratakan atas dulang, disejukkan dalam suhu bilik sehingga kering dan bebas dari air (air akan menyebabkan tempe cepat busuk. paling malang kalau belum sempat jadi tempe, kacang soya sudah busuk dalam bungkusan).


4. selesai step 3 dan kacang sudah benar-benar kering dan bebas daripada air, taburkan tempeh starter merata keatas kacang soya tadi. kemudian digaul sampai rata. harus saya ingatkan pada peringkat ini gunakan senduk atau apa-apa medium untuk meratakan ragi, asal sahaja kacang soya tidak bersentuhan dengan tangan.

sedikit pencemaran boleh menggagalkan keseluruhan proses.


5. kacang soya yang telah siap diragi bolehlah di bungkus. secara tradisionalnya, tempe dibungkus dalam daun pisang atau daun jati. namun sekarang rata-rata tempe yang dijual dibungkus dalam plastik jernih sahaja agar pengguna lebih bebas memilih.

kaedah pembungkusannya haruslah padat. lubang pengudaraan perlu ditebuk pada kacang soya yg telah dibungkus bagi memberi pengudaraan yang akan membantu kulat untuk hidup.


simpan bungkusan soya (peram) tadi ditempat yang gelap dan agak panas (suhu 35C ke 37C) selama 36 jam. bagi cuaca dinegara kita ni tidak menjadi masalah. saya simpan bungkusan soya tadi didalam kabinet dapur sahaja.

selepas 36 jam, insyaAllah, menjadilah tempe kita...

percubaan pertama: dibungkus dalam plastikkesilapan saya:
pembungkusan tidak padat, tempe menjadi tapi loose. mudah pecah (berderai).
kacang soya tidak cukup kering (sedikit berair) dan tempe agak berlendir (namun masih boleh dimakan) dan ini akan menyebabkannya cepat membusuk.


percubaan kedua: tempe dibungkus dalam aluminium foil.
after three trials and errors, this one came out soooo perfect. a perfect soy cake i should say.
it smells like a tempeh as it should. yayyyyyy!!

succeeded!

2 comments:

catz said...

congratsss!
wahhh...kagumnya bila ada org buat tempe di rumahh..
i likeee..
:)

Unknown said...

..tapi jauh lebih mudah dibeli sahaja, catz. ngeheheh