kalau musim kenduri kahwin, dan kalian banyak menerima telur rebus, DAN tidak tahu nak bikin apa, bolehlah buat sambal gini.
kalau saya,
telur rebus yang berlebihan biasanya akan dibuat filling untuk sandwich.
selain itu, boleh juga bikin kari telur rebus atau masak lemak atau...
sambalkan saja macam ni. senang!
caranya;
4 biji telur rebus (hard boil) yang telah dikupas kulitnya saya gorengkan seketika sampai agak perang gitu. ketepikan.
kemudian buat sambalnya pula;
tumis cili dan bawang kisar secukupnya hingga agak garing dan cukup masak, tambah air panas sedikit demi sedikit. saya suka sambal ini agak berkuah. tambahkan asam jawa dan perasakan dengan garam serta gula. saya tambah pula sos Life Masam Manis. kalau kalian tak suka nak bubuh pun tak mengapa.
kal;au sambal agak kering, tambah sedikit lagi air. hati-hati jangan terlebih air, lambat pula nak menunggu sambal memekat nanti...
setelah sambal tadi cukup lengkap dengan rasanya yang pedas masam manis, akhir sekali masukkan dua helai daun limau purut. kalau mahu, boleh juga tambahkan bawang besar yang dihiris.
bolehlah dihidangkan...
menu lain saya hari ini;
ayam masak lemak & sambal tempoyak dengan ulam.
No comments:
Post a Comment