Thursday 19 March 2009

Murtabak

hujung minggu yang lalu, hati sangat teruja untuk mencuba bikin MURTABAK. saya tahu ini akan mengambil masa, dan kebiasaanya, hujung minggu bukanlah hari yang tepat untuk saya bereksperimentasi di dapur apatah lagi untuk bikin MURTABAK.

kami sekeluarga sangat sukakan murtabak.
selalu sahaja beli Murtabak sejuk-beku tapi yang home-made tau, bukan kilang-made yang dikomersilkan tu. itu pun kalau balik ke Kota Bharu la...di KL tak ada home-made frozen Murtabak (mungkin ada, saya tak tahu).

tapi di JB ada. sebab kat sini popular Murtabak Johor dan Murtabak Singapore (sesuatu yang belum lagi saya nikmati disini).

sebelum ini, lama dulu saya dah pernah cuba buat doh untuk kulit murtabak, iaitu doh yang sama untuk bikin roti canai.



MURTABAK

bahan doh / kulit;

1 kg tepung gandum
100gm minyak sapi
2 sudu besar susu pekat manis
garam
2 biji telur
2 gelas air (secara tepatnya ini bergantung kepada kepekatan doh, mungkin lebih air atau kurang diperlukan)

1. satukan kesemua bahan kecuali minyak sapi dan uli sampai dapat doh yang lembut dan elastik. lumurkandoh dengan minyak sapi, uli lagi dan bahagi doh kepada beberapa bahagian doh yang lebih kecil. idealnya, sebesar bola golf. atau lebih kecil untuk murtabak mini.

2. rehatkan doh minimum 4 jam.

sambil merehatkan doh bolehlah pergi shopping...
saya rehatkan doh selama 6 jam! sempat merewang ke jusco lagikkk...
balik dari jusco barulah siapkan intinya.

bahan inti;

1 kg daging kisar
100gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
300 gm rempah beriani / kurma / kari
minyak utk menumis
sedikit air
garam dan gula


1. panaskan minyak dan tumis bawang yang dikisar smpai wangi. bancuh rempah beriani dengan sedikit air dan tumiskan bersama bawang tadi.
2. masukkan daging kisar dan kacau sebati. biarkan mereneh, tambah air sikit sikit sehingga daging cukup masak. tambah gula dan garam secukup rasa.
3. masak inti sampai kering macam kita buat inti kuih karipap.


biarkan inti sejuk. pecahkan telur dan campurkan kedalam inti yang telah siap tadi. fungsi telur adalah sebagai bahan pengikat untuk inti murtabak kita.

nak jadikan murtabak...

1. canai doh tepung nipis-nipis tapi jangan koyak ye. kalau tak mahir menebar jangan risau, canai / leperkan doh tadi dan tarik dari tengah ke luar secara perlahan-lahan. pls make sure doh dan tangan dilumur dengan minyak sapi. buat perlahan-lahan (dah mahir...gerak laju la) smpai jadi nipis.

tips: gunakan pinggan bulat yang besar atau dulang.

2. letakkan inti diatasnya.

3. canai sekeping lagi kulit doh. lapiskan diatas Step 2. tambah inti diatasnya. lipat sisi kulit menjadikan murtabak empat segi.

4. goreng menggunakan minyak sapi (sedikit sahaja) sehingga kulit cukup masak. boleh pre-cook untuk disimpan beku.

5. potong dan hidangkan dengan jeruk bawang atau kuah kari leftover semalam. hehhh


untuk murtabak ekspress, kalian boleh gunakan kulit popia. Jom Makan!!

No comments: