Tuesday 14 February 2006

Tiramisu Teh Tarik


Bahan yang diperlukan:
jejari span [atau boleh gunakan kek span, dipotong-potong]

A:
2 kuning telur
1/2 putih telur
50g gula

B: 250g keju mascarpone [boleh digantikan dengan keju philadelphia]

C: 200g krim putar [whipped cream]

Teh tarik:
150ml air panas
uncang teh
susu pekat manis

Cara penyediaannya:
1. Pukul A sehingga lembut.
2. Masukkan B dan adun sehingga sebati. [jangan terlalu lama mengacaunya, kerana keju akan jadi bergumpal].
3. Masukkan C dan gaul rata-rata.
4. Sediakan teh tarik.
5. Lembapkan jejari span dengan teh tarik. Letakkan lapisan pertama jejari span lembap kedalam bekas kaca leper atau loyang [yang cantik.. :-D]
6. Tuangkan adunan keju tadi di atasnya. Letakkan lagi lapisan jejari span lembap yang seterusnya.
7. Tuang baki adunan keju keatas lapisan tadi dan ratakan.
8. Hiaskan diatasnya dengan taburan serbuk koko atau milo.
9. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Teh tarik:
Rendam uncang teh dalam air panas sehingga kembang. Tambahkan susu pekat mengikut citarasa.

Resepi asal yang saya perolehi daripada Alex Goh dan Kak Na menggunakan sirap kopi/nescafe. Disini saya mengubahnya dengan menggunakan teh tarik, untuk menjadikannya lebih istimewa. Saya sediakan tiramisu istimewa ini khusus untuk suami yang sangat sukakan teh tarik.

No comments: