Kuih ini memmang favourite saya, selain daripada saudaranya Kuih Cara Berlauk. Mudah saja nak membuatnya, namun yang penting sekali adalah: acuannya!
Acuan yang saya gunakan hanya diperbuat daripada besi. Kalau tak silap, saya beli sejak sebelum berkahwin di sebuah kedai di pekan kecil tempat asal saya. harganya ketika itu hanya RM 8, saya beli dua. Bentuk acuan tu bulan berbunga 7. rasanya semua orang tahu rupa bentuk acuan kuih ni kan? Berhajat nak mencari acuan tembaga, tapi harganya mahal.
Waktu petang saya rajinlah buat kuih ini, anakanda suka. Kuih berasaskan tepung yang lembut macam ni sesuailah untuk dia, lagipun kurang minyak. cuma tang manis tu kenalah pandai sesuaikan.
Kuih Cara Manis
2 cawan air [boleh tambah santan jika mahu]
1 setengah cawan tepung gandum
3 titik pandan emulco
1 biji telur [kecil]
secubit garam
gula pasir
Caranya:
- Bancuh semua bahan kecuali gula pasir, kacau sebati. Bancuhan jangan pekat [kuih keras] atau terlalu cair [hasilnya, kuih lembik].
- Panaskan acuan dan tuang bancuhan tepung kedalamnya. biarkan seketika.
- tambahkan gula sebagai inti. biarkan sehingga kuih masak [diatas api sederhana]
4 comments:
normi,
nama kuih ni kuih cara jugak ke?
ni serupa tak ngan kuih kemboja cume versi kecik?
Ya, kuih cara manis sebab intinya gula. bukan lauk daging macam kuih cara berlauk.
Oh, tak sama dgn kemboja sebab kemboja tu semua bahan diadun bersama. dan acuannya juga besar.
yang sama cuma beberapa bahan, kaedah dan rupa paras berbeza..hehehe
oo ni ada inti....
ingat kan sama... aku tak penah makan yg ni
Post a Comment