bagus juga, dapat belajar!
resepi ni diperolehi dari MyResepi.net. (by tulip77) syukur alhamdulillah, menjadi dengan sangat eloknya, tidak keras, tidak juga terlalu lembik (bab buat kuih dari keluarga kuih talam ni memang saya tak mahir).
cubalah buat, lepas ni kalau ada kenduri dirumah jiran atau sedara mara, adalaaa buah tangan nak dibawa.. hehehh
bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau mahu kurang manis)
1/2 kotak kecil santan segera HARMUNI
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu kecil garam
4 cawan air
pewarna merah, hijau..
cara;
loyang disapukan dengan sedikit minyak masak dan lapiskan dengan plastik (bagi memudahkan kuih dikeluarkan) dan dipanaskan dalam kukusan.
campurkan kesemua bahan bersama setengah bahagian air (2 cawan) didalam blender. Blend sehingga sebati dan gula larut.
tuang kedalam mangkuk besar dan tambah baki air yang tinggal (2 cawan), kacau sehingga rata.
bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak, warnakan satu bahagian dengan pewarna merah, satu bahagian lagi dengan warna hijau, satu bahagian lagi biarkan tanpa pewarna.
sukat bancuhan tepung secukupnya dan buat selapis demi selapis. mulakan dengan warna merah, kukus selama 5 minit. dan dituruti warna putih dan hijau...setiap lapis dikukus selama 2-3 minit, buat sehingga bancuhan tadi habis.
sejukkan dalam suhu bilik sebelum dihidangkan.
*gunakan penyukat yang sama supaya setiap lapisan kueh tadi nampak seragam ketebalannya.
No comments:
Post a Comment