alkisahnya, saya kalut nak memasak di dapur, tapi tak dapat nak ke pasar. jadi, Mr. Hubby lend a hand untuk belikan barang-barang basah yang diperlukan. saya pun serahkan senarai barangan. mudah kalau mengharap Mr. Hubby ke pasar sebab, mesti sekejap je dia pergi...setakat beli apa yang dicatat pada senarai barangan.
tapi...
satu perkara yang saya lupa. Mr. Hubby ususally rely on me untuk catatkan sekali kuantiti barang yang diperlukan. contoh macam bawang 1kilo...etc. kalau tak tulis, alamat... ini lah yang terjadi.
dalam senarai barangan haritu, saya lupa nak jot down kuantiti lada yang saya perlukan. bila barang2 tu sampai pada saya, mak aihhhh...BANYAKnyaaaa lada! saya nak buat apa ni? disimpan pun silap2 busuk dalam peti je nanti. saya tunjuk pada Mr. Hubby...dia sengih aje. tak apa la...
difikir-fikir, dapat satu idea. saya jerukkan sebahagiannya. boleh buat peneman menikmati kueteow, mee atau bihun goreng, kan? dan itulah hasilnya. sampai ke la jeruk cili ni ada lagi dalam peti... selamatlah kau wahai lada! selamat juga duit yang terlebur...
No comments:
Post a Comment