Ini satu lagi jenis kuih yang biasa menjadi santapan aku sewaktu berpantang. Walaupun digoreng, ia tidak digoreng cara 'deef fry', jadi jangan risau kalau takut-takut amalan berpantang kalian terganggu.
cara membuatnya;
1. bancuh yis kering dengan air. biar sehingga berbuih [frothy].
2. dalam bekas atau mangkuk besar gaulkan tepung dengan gula putih dan gula merah.
3. tuang bancuhan yis ke dalam campuran tepung dan gula tadi. tambah air jika perlu. bancuh sehingga menjadi 'batter' -tidak pekat seperti cucur, dan tidak terlalu cair macam nak buat lempeng...just in between.
4. perap sekurangnya satu jam supaya bancuhan dapat mengembang.
apabila sudah sedia...
5. panaskan kuali leper atau kuali non-stick, tuang sedikit minyak masak jika perlu.
6. tuangkan satu senduk bancuhan tepung [penting: bancuhan jangan dikacau, hanya cedok sahaja sebanyak mana yang mahu digoreng, setiap kali]. goreng sehingga kedua-dua bahagian cukup masak, dibalik-balikkan.
dah siap?
hidang ler dengan air teh-O!
menu minum petang yang amat ringkas, dan menyelerakan.
No comments:
Post a Comment