Tuesday 11 August 2009
Kek Coklat
Sudah dua minggu berturut-turut saya buat kek coklat. anak bujang saya [eh, baru 2 tahun laa..], apabila timmbul seleranya maka sayalah digasaknya. mujur vocabulary makanannya masih terhad, jadi setakat "ummi jom la buat kek coklat" tu tak ada hal lah. umminya, dan ayahandanya pun gemarkan kek coklat, jadi tidak adalah kebimbangan kek yang tidak habis dimakan.
Resepinya, urrm... saya masih setia dengan resepi ini. Kena dengan selera saya.
Saya gunakan method slow-baking pada suhu 150 darjah Celcius, keknya jadi moist gitu. bila disimpan dalam peti sejuk, it gets fudgey. i likeee...
untuk ganache nya saya cuma gunakan susu pekat manis [sebab tak ada heavy cream], serbuk koko dan serbuk kopi segera. kacau semua dalam small heavy-based pan, atas api kecil. tambahkan sedikit butter. gaul rata. sejukkan seketika sebelum dituang keatas kek.
Coklat Ganache
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh serbuk kopi segera
1 sudu teh butter
kalau tak mahu kek yang lembab / moist, boleh tinggikan suhu pembakaran. begitu juga kalau buat biskut [maklumlah nak raya ni kan...]. kalau nak hasil biskut raya yang fudgey, chewy rendahkan suhu, kalau nak yang rangup, tinggikan suhu masing-masing dalam 20 darjah C.
Oven pada suhu 150 darjah Celcius tu dikira 'sejuk' manakala suhu 200 darjah Celcius tu 'panas'.
rujuk resepi betul-betul... selamat mem-baking!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kalau kek choc, baik rangup, mahupun moist, aku tetap suka.
ooh, ya ka? samala kita... and brownies juga.
Post a Comment