Wednesday 2 September 2009

Ayam Percik Kelantan

Dalam begitu teringin nak makan ayam percik, berjaya juga saya memasaknya. Bekalnya cuma ayam yang sedia ada didalam peti.

Untuk buat ayam percik, saya lebih suka ayam yang seekor tu dipotong empat sahaja. Namun memandangkan yang sedia ada cuma isi ayam yang sudah dipotong kecil, jadilah...

Kali ini saya gunakan resepi ini, yang turut menggunakan sedikit ketumbar dan jintan putih. Kuah percik dimasak atas api sederhana, dan dikacau sentiasa sehingga pekat.



AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 1 sekor ayam yang dipotong 4 / atau tak potong
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
* garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap, santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak-agak 3 suku masak dan kuah agak pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi.

1 comment:

DYLA said...

aku nak cuba yg ini. org kata yg kuah putih ni sedap. tp serius aku tak penah makan lagi. tunggu aku try k.

thanks for the resepi.