Monday 31 December 2012

Kek Cawan Marble

Lama benar tak mencatat resepi masakan harian disini.

Sebagai 'permulaan' (diharapkan mampu diteruskan), ini resepi terkini yang telah dicuba: Kek Cawan Marble (Marble Cup Cake).

Sumber asal resepi daripada pn. Hajah Noraini Hj. Zakaria, dan nama asal kek ini adalah Kek Mentega Pelangi.



KEK CAWAN MARBLE (MARBLE CUPCAKES)
oleh missFridaNorm
sumber asal: Pn. Hajah Noraini Hj. Zakaria

Bahan-bahan:
250 gm mentega
220 gm gula castor
4 biji telur gred A
220 gm tepung kek (boleh juga gunakan tepung gandum biasa) -saya gunakan tepung halus jenama Blue Key
50 ml susu cair
1 sudu teh Baking powder
1 sudu teh Esen vanilla -saya gunakan jenis serbuk

Pewarna makanan -merah, hijau dan kuning
Mangkuk kek cawan secukupnya

Caranya:
panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 - 180 darjah celcius. Ini bergantung kepada jenis dan usia oven masing-masing, ya.

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. (Bertukar warna putih dan gebu).
2) Tambahkan telur satu persatu dan teruskan memukul sehingga sebati.
3) Campurkan bahan kering -tepung, serbuk penaik dan esen vanilla. Diayak. Tambahkan kedalam adunan mentega tadi dalam 3 peringkat, diselang selikan dengan susu cair.
Saya buat, tepung-susu-tepung-susu dan diakhiri dengan tepung. Berselang seli, sambil dikaup balik menggunakan spatula atau senduk kayu, pun boleh.
4) Adunan dibahagikan kepada tiga bahagian (kerana saya hanya menggunakan tiga warna sahaja). Tambahkan pewarna kepada setiap bahagian adunan. Kacau rata.
5) Sediakan mangkuk kek cawan*. Dan sudukan setiap adunan yang sudah diwarnakan kedalam mangkuk tersebut. Dengan menggunakan pencungkil gigi lorekkan adunan agar menjadi corak marble yang cantik.

Kerja melorek dilakukan oleh anak kecil saya. Harap maafkan tangan kecil itu. :-)

6) masukkan kedalam oven dan bakar selama kira-kira 15 minit, atau sehingga masak.

*Adunan ini boleh juga dibakar didalam loyang. Alaskan loyang dengan kertas minyak terlebih dahulu. Ini adalah aktiviti hujung minggu saya bersama anak-anak, jadi saya memilih untuk menghidangkan kek pelangi ini dalam bentuk cawan agar mereka lebih tertarik dan ingin mengambil bahagian.

Kek ini boleh dihiaskan dengan buttercream ataupun cream topping, bergamtung citarasa.

Akan datang saya akan cuba menghias kek ini dengan lebih cantik lagi, InsyaAllah. Anak-anak sukakan rasa kek ini. Sangat sesuai untuk jamuan kecil seperti party hari jadi.

Yaaaaayyyy!
:-)


2 comments:

Fatimah Az-Zahra said...

220gm tu sama dgn brp cawan ye?

Unknown said...

Sis Fatimah,
220 gram itu lebih kurang 1 cawan. Kebiasaannya saya sukat 250 gm = 1 cawan.