Showing posts with label kukus. Show all posts
Showing posts with label kukus. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

Botok-botok Ikan


Botok-botok Ikan Tenggiri

Botok-botok ikan ni hidangan istimewa masyarakat Jawa dan amat sinonim dgn negeri Johor.

Secara ringkas ianya adalah kepingan ikan tenggiri yang dikukus dengan pes rempah istimewa bersama ulam-ulaman dan daun herba terpilih.

Jom belajar sediakan Botok-botok Ikan.



STEP 1:
Sediakan 1 kepingan ikan tenggiri
(Cuci bersih dan gaul dengan garam). Ketepikan.
Daun pisang untuk membungkus botok-botok.

STEP 2:
Ulam & daun herba:
Daun kunyit
Daun cekur
Daun kaduk (saya gunakan daun sireh)
Daun kesom
Pucuk gajus / ketereh
Pucuk putat
Pucuk tenggek burung
Pucuk salam / serai kayu

*cuci & bersihkan semua ulaman.
Sediakan daun kunyit dan ambil 1/3 bahagian ulam-ulam tadi, letakkan semua diatasnya. Gulung padat dan hiris kasar.

STEP 3:
Sediakan pes botok-botok.

  • Bahan untuk pes botok-botok:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering (rendam dan rebus)
  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Kelapa parut
  • Rempah kari
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air assam jawa

Kisar semua bahan pes (kecuali air assam, belacan, garam dan gula).

Tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan belacan. Tumis lagi biar sehingga cili masak dan garing. Jika terlalu kering boleh tambah air sedikit demi sedikit sehingga tumisan naik minyak (part ni agak mengambil masa dan step penting untuk hasilkan pes yg sedap).

Sesuaikan rasa dengan garam, gula & air asam jawa.

*Masukkan daun herba dan ulaman yang sudah dihiris tadi.

Gaul dan biarkan mereneh seketika. Tutup api. Ketepikan.

STEP 4:
Sediakan daun pisang cukup besar untuk bungkus botok-botok (saya gunakan aluminium foil).


Susunkan ulam-ulam dan daun herba.
Letakkan kepingan ikan tenggiri diatas daun-daun tadi.

Curahkan kuah (pes) botok-botok yang sudah siap dimasak tadi.

Bungkus kemas dan rapikan dengan lidi.

Kukus sehingga ikan masak, kira-kira 45 minit ke 1 jam.

Jika menggunakan ikan lebih dari 1 keping, sebaiknya bungkus setiap keping ikan tu berasingan.

Selamat mencuba!


Wednesday, 24 December 2014

Kek Buah Kukus

Jiran rumah sebelah sudahpun memulakan perjalanan mereka pagi tadi. Perjalanan melalui darat sejauh 600 km ke Kuching dari Bintulu. Mudah-mudahan mereka selamat sampai dan kembali, dapatlah kami berjumpa lagi sebelum kami pula berangkat pulang ke Semenanjung.
Dalam pada kegembiraan mereka hendak menyambut perayaan Krismas, saya pula terasa ingin menikmati kek raya.
Seawal pagi saya memulakan operasi kerana kek perlu siap dikukus sebelum tengahari. Periuk kukus yang ada hanyalah sebiji periuk nasi automatik. Selesai mengukus nanti perlu digunakan untuk memasak nasi pula.
Ok, terus sahaja kepada resepi yg digunakan kali ini dari sis Azie Kitchen. Sumber asal menurut beliau disalin dari resepi Chef Zubaidah bte Chepa dipetik dari buku Steamed Cake terbitan One Publisher.
--------
Kek Buah-Buahan Kukus
Oleh: fridanorm
Bahan bahan:
225 gm mentega (untuk rasa yg enak saya pilih Goldrn Churn)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (saiz B pun ok!)
1 sk vanilla extract/essence
Bahan ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala
Cara cara:
Masakkan gula pasir sehingga perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Biar sampai mendidih kemudian masukkan mentega/butter dan biarkan cair. 

Masak gula pasir sehingga perang dan tambahkan butter.

Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih lagi untuk seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.


Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.


-------
Resepi ini cukup mudah berbanding resepi lain yang pernah saya cuba. Definitely worth keeping-lah, katanya. Anak-anak cukup suka dan saya juga tidak risau kerana rasanya sedang elok, tidak terlalu manis.

Selamat mencuba!

Friday, 3 April 2009

Kuih Kaswi a.k.a Kosui



bahan-bahan:
3 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah cap bintang

kelapa parut secukupnya, gaul rata dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.

cara:
1. gula merah dicampur dengan air dan masak sampai larut.
2. tapiskan kedalam tepung. bancuh sampai elok sebati.
3. panaskan kukusan.
3. masakkan bahan yang siap dibancuh tadi atas api perlahan. kacau sampai naik wap dan bancuhan agak pekat.
4. lengser loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan yang telah dimasak tadi.
5. kukus lagi sehingga masak.

biarkan kuih sejuk sebelum dipotong dan hidangkan dengan kelapa parut.


resepi saya ni adalah versi modified disebabkan beberapa bahan tak ada dalan stok didapur. kalau diikutkan resepi asal -ttradisional memerlukan sedikit tepung kanji (tepung ubi) dan air kapur. itulah dua bahan yang tiada dalan resepi saya ini.

namun hasilnya tidak menghampakan. sedap dan cukup terasa gula merahnya.

cubalah, eik!