Saturday, 18 February 2006

Ikan Terubuk Bakar + Air Asam


Mesti ada:
ikan untuk dibakar [pari, kembong, terubuk...etc.]

Pes sambal untuk ikan bakar:
4 sudu makan cili giling
3 biji bawang merah
4 helai daun limau purut (diracik halus)
sedikit bawang putih
cili api [jika suka]
sedikit ibu kunyit
1 sudu makan asam jawa
gula

caranya:
1. Tumbuk bawang merah + bawang putih + cili api + ibu kunyit dan gaulkan dengan cili giling.
Masukkan pula daun limau purut.
2. Masukkan asam jawa + gula [untuk menyeimbangkan rasa].
3. Gaul rata pada ikan + sumbatkan pada perutnya.
4. Bungkus rapi dengan daun pisang diikuti foil aluminum.
5. Bakar!

Air Asam
10 tangkai cili api, ditumbuk atau diricih halus
1 labu bawang besar, ricih halus.
1 biji tomato, potong dadu
2 sudu makan asam jawa
1/2 sudu makan belacan [atau lebih jika suka]
air masak.
sedikit gula [jika suka].

caranya:
1. campurkan cili api + bawang besar + tomato kedalam mangkuk.
2. Gaul asam jawa + belacan dengan air. Masukkan dalam bahan dalam mangkuk.
3. tambah gula jika perlu.


boleh tambah secubit garam jika perlu. saya tak tambahkan garam kerana asam jawa yg digunakan sudah berasa sedikit masin.

No comments: