Wednesday, 15 February 2006

Paru goreng berlada


Bahan -mesti ada:
500g paru [direbus dengan setengah senduk lada giling hingga empuk. kemudian dipotong nipis-nipis, digoreng seketika. angkat dan toskan minyaknya.]

untuk sambal berlada:
1 labu bawang besar [merah] -sebahagian ditumbuk, sebahgian lagi diricih.
2 senduk lada giling
sedikit belacan
cili api [untuk lebih pedas, jika suka]
3 keping asam keping -basuh & direndam seketika
gula
garam kasar

Cara nak menyediakannya:
1. Tumbuk sebahagian bawang besar [merah] + cili api [jika suka] + belacan + garam kasar.
2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan tumbuk + lada giling.
3. Tumis dengan api kecil sehingga lada cukup masak*. Kacau selalu, jangan sampai hangus atau terlebih garing.
4. masukkan asam keping. kacau lagi, biarkan seketika biar mesra.
5. Akhir sekali masukkan sebahagian bawang yang diricih + gula* [ikut citarasa] + paru yang telah siap direbus dan digoreng tadi.
6. Aduk biar rata dan sedia untuk dihidangkan.

* kalau lada tak cukup masak, ini akan mencacatkan rasa sambal. apabila lada sudah nampak garing dan berasingan dari minyak, itu tandanya lada dah cukup masak. tapi, mesti masak dengan api sederhana/perlahan.
** gula hanya untuk menyeimbangkan rasa pedas. jangan masukkan gula terlalu awal [terutamanya pada waktu menumis] kerana ini akan menjadikan sambal hitam kerana gula menjadi caramel.

No comments: