Wednesday 22 March 2006

Biskut Cip Coklat Klasik

Bahan-bahan:
2-1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 cawan mentega
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
2 cawan cip coklat
1 cawan kacang [almond ke..apa-apa la]

Caranya:
1. Panaskan oven -150 darjah celcius]
2. Campurkan bahan kering [tepung, serbuk penaik dan garam].
3. Dalam mangkuk berasingan, pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla sehingga kembang. Tambahkan telur, aduk sehingga rata. Tambahkan campuran tepung [#2] sedikit demi sedikit. Gaulkan hingga rata. Masukkan pula coklat chip & kacang [jika suka].
4. Bentukkan 'batter' atas dulang pembakar. Bakar selama 10 minit atau sehingga cookies nampak keperangan.
5. Keluarkan dari oven, sejukkan dan keluarkan dari dulang.

p/s: kalau nak buat DARK chocolate chip cookies, tambahkan aje 1/3 cawan serbuk koko. Boleh juga gunakan gula perang sahaja, gantikan sukatan gula pasir [putih] tu.

saya dedikasikan resepi ini untuk MamaFami & siapa2 yang sudi nak cuba. to MamaFami, mahaap laa mama, jenuh mencari resepi lama ni. pernah buat dulu, tapi ini bukan resepi dari Vochelle [yg tertera di belakang paket choc. chip. sila komen selepas mencubanya ye. thanks!!

No comments: