Thursday, 17 July 2008

Pecal

Pecal or pecel.
Kuah Sambal Pecal

kacang tanah (disangai smpai masak dan ditumbuk)
belacan (dibakar)
cili kering, cili api, bawang merah, bawang putih, cekur (kencur), daun limau purut.
gula, garam, asam jawa (dibuang bijinya).

bahan sayur:
tauge, kangkung, kacang panjang (dicelur)
tauhu & tempe, digaram kunyit dan digoreng garing.

penyediaan:
cili kering, cili api, bawang merah, bawang putih dan cekur dikukus sampai masak. sambil tu, daun limau purut dihiris halus. separuh drp daun limau tu ditumbuk bersama bahan kukus yang telah siap masak & belacan, sampai lumat. kemudian, bahan tumbuk digaul bersama kacang tanah, garam dan gula secukup rasa serta asam jawa.

bahan paste ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara, duk dalam peti sejuk. bila nak makan, bancuh sahaja dengan air panas. saya selalu sediakan macam ni, jadi buat banyak-banyak for quick prep later on. maklumla, tekak jawa...kadang-kadang, dan-dan tu rasa nak makan.
sayur mayur macam kangkung boleh diganti dengan pucuk ubi, sayur meranti, make sure semuanya dicelur. kepada mereka yg tidak berada di Asia, senang cakap tak jumpa sayur kampung kita, boleh la kot diganti ngan sekalian salad yg ada. hehehe...jangan mare!

mohon maaf sebab saya tak sertakan sukatan yang tepat untuk resepi ni, saya sendiri agak-agak aje. tapi kalau ada sesiapa yang nak bertanya lebih lanjut, dipersilakan.

No comments: