nak dekat puasa ni, mula la saya membelek-belek resepi2 kek lapis yang pernah saya bikin dahulu. antaranya, kek lapis asam manis, kek lapis strawberry dan kek lapis horlicks. nak bikin kek lapis, kalau setakat nak membakarnya selapis demi selapis tak lah serumit mana. cuma kalian yang berminat nak cuba buat pertama kali perlu 'tanamkan semangat' yang tinggi untuk duduk depan oven selama berjam-jam lamanya! belum kira preparation time lagi ye...
pengalaman saya bikin kek lapis (the simplest is just layered cake with no pattern) memberi pengalaman yang bukan sedikit. dari preparation, pukul telur sahaja dah cukup adventure. haaha bila sampai bab membakar, excited sungguh... and akhirnya, baking session last for 8-9 hours. pertama kali jump into kek lapis baking saya buat tengah malam (bulan puasa). Ya Allah...seksanya menaham mata dari terkatup. sudahnya, keesokan hari puasa saya hanya jadi puasa yang diisi dengan tido sepanjang hari! puas hati laaa sebab kek menjadi, dan mereka yang menikmati semua tanya, samada beli atau bikin sendiri. sejak daripada tu.... apa laagiiii....
di sini saya nak kongsi bersama (terutamanya kepada mereka yang baru nak mencuba) satu resepi kek lapis yang paling simple. inilah resepi kek lapis yang pertama saya cuba dulu...
Kek Lapis Strawberry
A
300 gm tepung gandum
250 gm gula
10 biji telur
2 sudu besar ovalette
B
450 gm butter
6 sudu besar susu pekat manis
C
strawberry paste (emulco)
1 sudu teh esen vanilla
pewarna merah
Cara bikin;
1. A dan B dipukul berasingan dimana A -pukul sampai putih dan pekat, dan B
pukul sampai putih gebu.
2. Setelah siap dipukul, kedua-dua bahan A dan B dicampurkan bersama dan
bahagi pula kepada dua bahagian.
3. satu bahagian ditambah dengan pewarna merah dan emulco. manakala satu
lagi bahagian biarkan dengan warna asal, ditambah esen vanilla.
4. Bakar adunan selapis demi selapis sampai siap dalam pembakar 8inc x 8inc x
3inc yang bergris; dan dialas dengan kertas minyak atau specialty paper yang boleh
didapati dari pusat bakeri. Lapisan pertama perlu dibakar dengan api bawah, dan
lapisan seterusnya dengan api atas sahaja.
resepi ni boleh di gandakan untuk mendapat kek yang lebih besar atau
lebih tebal bergantung kepada acuan pembakar yang kalian gunakan.
menjelang Ramadhan ni, banyak majalah-majalah dan buku-buku yang mengeluarkan resepi-resepi menarik. mungkin banyak lagi resepi kek lapis yang boleh kalian semua cuba.
kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan Kek Lapis Sarawak yang cantik-cantik dan sedap pada harga yang berpatutan sebagai hidangan hari raya atau sekadar nak cuba rasa, boleh e-mel saya di niaamalia@gmail.com untuk dapatkan katalog. kek-kek tersebut adalah specialty, dibikin khas di Sarawak. A truly Kek Lapis Sarawak...!
2 comments:
normi,
leh email aku katalog kek lapis tue.. aku ingat ada gmbr tadi... mana dpt kek tue?
~dyla~,
sure, i'll email it.
Post a Comment