Sunday, 17 August 2008

Kek Oren & Badam Lembap

tiba-tiba je hari ini, tangan rasa gatal sangat-sangat. usually saya buat kek pada hari jumaat memandangkan rumah akan dikunjungi sanak saudara pada hujung minggu, jadi adala sesuatu untuk dihidangkan...

its saturday, memandangkan hari ni ada masa senggang selepas mengemas rumah dan mengemas barang2 sebelum bertolak ke JB, saya bikin kek. boleh dijadikan bekalan ngunyah dalam perjalanan nanti, juga bekalan time lepak2 di hotel. faham-faham sajalah...malas nak keluar cuci mata bila sendirian bersama MHI. tak larat nanti nak kejar dia kesana-kemari.

saya gagahkan tangan untuk memukul butter dan gula memandangkan saya tidak memiliki 'iron assistant'. sikit masa lagi boleh la kot...tengah survey mana yang berkenan di hati. mula-mula dalam fikiran nak buat choc moist, tapi nampaknya tekak ni dah muak dengan those too choclate-y cakes. Mr. Hubby pun not so much into it. so, saya turn to this recipe.

setengah buku butter saya pukul dengan setengah cawan gula sampai elok kembangnya dan gula dissolved. kemudian masukkan telur satu persatu sebanyak 4 biji (saiz kecil), pukul lagi sampai elok adunannya. kemudian, ambil sebiji buah oren, perahkan jusnya dan tambah dalam adunan tadi. kulit oren jangan dibuang ya, parutkan (kulit luar je, jangan ambil membran putihnya -pahit) dan tambah dalam adunan tu dalam 1 sudu untuk extra flavour dan mewangikan kek. jadi, no need for vanilla essence. gaul sebati.

tambahkan 2 cawan tepung serbaguna, 1 suduteh baking powder, badam tumbuk (badam disangai dan ditumbuk sekadar pecah2 aje dalam 25-30 biji) dan gaul lagi adunan sampai sebati. kemudian tambahkan pula susu pekat manis dalam 5 sudu besar dan 1/3 cawan air panas (cukup panas). gaul lagi...sampai sebati. and now, ready to bake @ 180C selama 30-40 minit!

saya tambahkan air panas untuk menghasilkan kek yang lembap. moist macam kek kukus. itulah rahsianya.

No comments: