Friday, 15 August 2008

mixed spices roll with raisins and chocolate


hye! untuk minum petang kali ni terasa rajin pulak nak menguli. saya uli pakai tangan tau, memandangkan tak de mixer kat rumah. ala....chef2 kat tv tu tunjuk senang aje...kita pun mesti boleh buat, kan? but, mind you, this really need a lot of practices. kalau ada mixer tu pasti kerja jadi lebih mudah.

mula-mula buat doh rotinya dulu.

saya gunakan tepung gandum biasa je sebab tak de stok high-protein flour. hasilnya memang berbeza la, tapi idak le sampai tak jadi roti.

mula-mula saya bancuh gula dengan air suam sampai larut. waktu ni kalau nak masukkan yis pun boleh, tapi kali ni saya masukkan yis kedalam bahan kering. tepung saya ayak, campurkan dengan bahan kering iaitu yis, sedikit garam dan susu tepung (milk powder). kalau tak de milk powder, boleh gantikan dengan susu segar. jadinya, air tak perlu la lagi...

nak start uli, saya tambah air gula suam tadi sedikit demi sedikit sampai semua tepung elok jadi doh, tambah marjerin skit, uli lagi sampai tak melekat di tangan dan doh lembut. kalau terlebih air, boleh tambah tepung sikit demi sedikit. kalau pertama kali buat memang agak susah sikit...but yep! everything need practice, rite? bila doh dah siap di uli (seberapa lama yang boleh sebab kita nak udara masuk sebanyaknya), bentuk jadi sebiji bulat besar, bubuh dalam mangkuk bergris, tutup dengan kain lembap dan rehatkan dia. biasanya saya rehatkan dalam sejam sampai doh naik at least sekali ganda dari saiz asalnya. cuaca memainkan peranan penting, sebaiknya letak doh ditempat yang bersuhu agak tinggi. kalau hari cerah, panas, saya suka jemur kan doh ni tadi. you'll see how it will rise beautifully!

dah cukup rehatnya, saya punch doh tadi supaya flat, dan udara yang ada keluar. time ni, saya suka sangat sebab doh sangat lembut. canai doh tadi atas papan pencanai. untuk resepi ni dapatkan bentuk empat segi tepat. kemudian, taburkan mixed spices, raisins (kalau ada kurma dan kekacang pun sedap juga) dan coklat parut. and then roll them lengthwise. setelah itu, potong kan doh tersebut untuk mendapatkan bentuk seperti dalam gambar.

masukkan setiap potongan dalam loyang pembakar yang bergris, rehatkan doh-doh tersebut sebentar sementara menunggu oven panas. bila oven ready pada suhu 180C, bolehla bakar, selama lebih kurang 30minit atau sehingga elok masaknya. bila siap masak, saya sapukan dengan blueberry jam, for a sweet touch. enjoy with your preferred sugar-free tea or coffee!

2 comments:

DYLA said...

terer nya ko buat nie..... nampak mcm sedap je,..... beruntung la hubby ko dpt ko yg versatile..

Unknown said...

~dyla~
terer tu idak la, tapi alhamdulillah, setakat nak cuba buat dan rasa makanan itu ini kira dah boleh diikhtiarkan sendiri. terima kasih for the compliment. ppl say jaga hubby kena jaga perut, but its actually MORE...MORE that just the tastebud. if you feel u rnt excell enuff with the culinary and all skills whateva, hear me...i keep learning everyday too! and still. other than practise, ikhlas hati & usaha kearah tu memang sangat perlu...maklumla, buat untuk keluarga kan.. all da best, deyll!

pssst: kadang tu yg kita cuba not up to taste pun tapi puas hati dapat mencuba.