lusa, insyaAllah berpuasa la kita... bila tiba ramadhan ni, tak lain tak bukan orang mesti terbayang pasal makan. seawal hari masuk opis, atau bagi suri rumah macam saya ni...dah berfikir, nak masak apa laaaa untuk berbuka. heh...
kalau ke bazaar ramadhan, ingin sekali saya ingatkan, tahan-tahan la nafsu. nak-nak pulak hari pertama berpuasa, atau minggu pertama berpuasa nanti. maklum le...bila kaki menjejak ke pasar ramadhan, pertama sekali hidung laa yang paling sensitif. macam2 aroma yang menusuk bisa menggoda selera & mengecurkan. percayalah...semuanya nampak sedap!
saya teringat, bila tiba ramadhan sewaktu uni. years dulu, antara menu yang saya gemari adalah roti john. cukupla kalau berbuka dengan roti john (disamping kurma dan minuman kegemaran)sahaja. lepas tu solat maghrib terus ke isya' dan terawih...kalau ada moreh, time tu laa nak pulun pun. dan petang ni saya teringat nak bikin roti john sardin, kelangsungan dari roti john yang saya nikmati di sarabat kelmarin....makan panas-panas sedap tau!
cara bikin;
sediakan roti sosej (roti sandwich pun boleh) secukupnya, belah dua dan
sapukan marjerin. ketepikan.
bawang besar, lada merah dan bawang putih dipotong dadu kecil-kecil.
masukkan dalam mangkuk, pecahkan telur, tambahkan garam dan serbuk lada campuran
(pepper). kocok. isi ikan sardin (tin) di hancurkan dan digaul dengan sedikit
mayonis (kalau tak ada, tak apa).
kuali leper dipanaskan atas api sederhana, tuangkan sedikit minyak. bila
dah cukup panas, taburkan sardin tadi, dan tuangkan bancuhan telur dan bawang.
biarkan seketika sebelum letakkan roti (permukaan yang telah disapu mentega) ke
atas telur. biar sampai telur cukup masak (tak lama, sekejap aje). angkat roti
dan telur tadi, kemudian sapukan sedikit sos cili kegemaran kalian.
apa lagi?? boleh la dingaappp!
mulanya, saya buat sikit je sekadar untuk minum petang kami sekeluarga (saya, Mr. Hubby & MHI). tak sangka pula tiba-tiba ada tetamu tak dijangka tiba. errr....kalut gak. bancuh air tu mudah saja, teh-o boleh, kopi boleh... errmm, takkan hidang air je kan? ahh...apa susah? kita buat lagi roti john untuk tetamu kita! sempoy...cepat dan yang penting, tetamu berselera!
selamat mencuba!
3 comments:
salam... apa khabar...
Sedapnya ...
Gi blog umi- pun ada roti john daging
gi blog tun - pun ada roti john sardin
Nie tak bolih jadi nak juga buat roti john...
Thanks for the cara bikin tapi nak tanya berapa biji telur
Ola **kita punye**!
thanx for dropping by.
buat...jangan tak buat. ni versi simple je, tak de daging. telur ikut laa, kalau suka tebal, banyak la yg diperlukan.
saya bikin sebiji telur gred A untuk dua ketul bun sosej.
selamat memasak!
Post a Comment