Thursday 4 September 2008

pengat ubi & bebola tepung pulut


rumah saya telah diterjah oleh segerombolan pekerja yang perlu menyelesaikan satu misi atas arahan Mr. Hubby. dah ramai-ramai dirumah tu, saya fikir, nak masak sesuai yang muai. jadi saya buat pengat ubi kayu dan ubi keledek ni. bahan memang tak banyak (maklumla, keluarga kecil...) tu yang fikir buat pengat tu. kalau buat kuih kang, takut tak cukup pula.


kebetulan, ada inti kelapa skit lagi dalam freezer, lebihan buat kuih ketayap minggu lepas. saya bancuh tepung pulut dengan air secukupnya, tambah pewarna, uli-uli dan intikan dengan kelapa manis tu. kemudian saya rebus bebola tu berasingan, dan ketepikan.


ubi kayu & ubi keledek tu pula, saya kukus, sebab tak nak ter'over' cooked dalam kesibukan dan kekalutan. kemudian, santan dan gula macam biasala... jadikan kuah pengat tu. pucat saja pengat saya sebab saya guna gula putih sahaja, tak de simpanan gula melaka di dapur. mujur ya, bebola kaler merah tu menyelamatkan kepucatan pengat ubi tu...

tapi...nampak macam fruits salad pulaknye... apa-apa laaa..janji, dia memang pengat! haha

No comments: