Friday 5 September 2008

teh O, teh tarik, teh susu, chai masala, sarabat...


whatever names they call it, it is basically TEA. saya suka teh. terutamanya teh tarik. memang dari kecil selalu minum teh susu. nak pula sejak berkeluarga sendiri ni, Mr. Hubby memang suka sangat sarabat, selalu sangat laaaa saya bikin chai masala untuknya (memang keluarga Mr. Hubby penggemar teh susu).

pernah saya menonton satu segmen di Martha Stewart, seorang penonton bertanyakan resepi untuk chai masala. ooohh...rupa-rupanya ada juga penggemar sarabat di kota New York tu...caucasian lagi you!

saya lepak di Sarabat Tea, satu outlet makan-minum ala mapley di satu shopping complex di JHB ni, tertarik pula rasanya nak menikmati teh istimewa mereka. ianya adalah teh-O yang dicampurkan dengan daun pandan, bunga lawang dan bunga cengkih. rasanya memang berbeza daripada plain teh-O. saya sukakan aromanya yang wangi dan berherba. boleh la kalian cuba dirumah, kasi twist skit teh-O dirumah tu, mau terkejut mereka yang menikmati nak pulak kalau dihidangkan kepada tetamu. waaaaaaaaaahh..kelainan nih!

the SARABAT special tea


ok.
satu lagi yang ingin saya kongsikan, satu citarasa tentang teh. chai masala. very popular di india. boleh dihidangkan dengan atau tanpa susu. satu pengenalan yang berbeza kepada penggemar yang baru nak mencuba.

mula-mula saya berkenalan dengan chai masala adalah sewaktu ke Cameron highland. tahu kan, cameron valley punya pit-stop tu? alaaa...tempat lepak minum teh tu? cuba kesana, dah tengok senarai teh mereka, pasti ada chai masala. pada masa tu, saya nak order teh tarik je...tapi Mr. Hubby ternampak this beverage from the menu. katanya, lama tak pekena chai masala (kali terakhir sewaktu beliau menetap di Sudan). so, why not trying? and wonder no more...i get hooked from the very first sip. aromanya sungguh....errmmm...harum dan menyegarkan!

chai masala powder yang saya sambar dari store cameron valley. RM25, agak mahal untuk botol sekecil ini, tapi berbaloi sebab kita tak guna satu botol sekali bancuh...sedikit sahaja, dalam satu sudu teh (atau lebih untuk rasa & aroma yg lebih kuat) bagi setiap teko bancuhan chai.
kalau teringin nak cuba chai masala, paling simple caranya, rebus serbuk teh dengan buah pelaga (banyak mana ikut citarasa). kemudian bancuh dengan susu.

kalau nak bikin sendiri chai masala, boleh ikut cara dibawah ni...



bahan-bahannya:
1/2 tsp buah pelaga
12 bunga cengkih (ground)
1/2 tsp Black Pepper (kalau suka)
1/2 tsp halia
1/4 tsp bunga lawang
1/2 tsp kayu manis
handful of fresh mint leaves, roughly chopped
1tbs black tea
36 oz. water
honey as needed
milk as needd

caranya:
campurkan kecemua herba yang telah digiling halus (kering) bersama daun pudina dan serbuk teh. tambahkan air panas dan renehkan diatas api sederhana sampai teh cukup kembang dan aromanya naik...lebih lama, aroma akan lebih 'keras'.

tapiskan air rebusan teh dan rempah tadi, tambahkan madu dan susu secukup rasa.
bolehla dihidangkan....

(bahan-bahan rempah 1-6 boleh didapati sedia ada dalam bentuk serbuk, dicampur dan disimpan dalam bekas kedap udara, tak perlu di peti-sejukkan kerana aroma rempah itu akan hilang. elok disimpan ditempat yang kering dalam suhu bilik sahaja.)



have a cup of chai masala, anyone?



2 comments:

Anonymous said...

Hiye nomi my dear. U 've really got some tantalizing tips for food in here. I hope you setup a website with your own domain someday. A website on malay or minang cooking! Sedapnyaaaa. :-D

Unknown said...

hye Nell! thank you for jenguk-jenguk. tips sikit-sikit je, nell. a know-how, tak pandai sangat memasak pun... doakan i jadi celebrity chef la, baru boleh bikin web sendiri. hehe malu ajer!