Wednesday, 17 December 2008

makaroni goreng 'cacamerba'

selalu benar agaknya saya bikin makaroni goreng ye? serasanya ini resepi kedua yang saya tepek disini. memang, makaroni adalah antara bahan kering yang mesti ada dalam kabinet dapur saya.

kali ni saya tepek cara macamana saya menggoreng makaroni, 'cacamerba'.

bahannya saya sambar apa yang ada didapur. tak ada sayur. yang ada daging ayam, udang, sosej. itu sahaja, selain bahan utamanya, makaroni dan keju cheddar.



mula-mula sekali sediakan makaroni (lebih kurang 250gm) ikut arahan pada pek.

saya panaskan sedikit minyak untuk menumis. dah cukup panas saya masukkan isi ayam dan udang serta sosej yang dipotong ikut kehendak hati. biar sampai agak kecut dan masak kemudian masukkan bawang putih (3 biji) cincang dan bawang besar (1/2 biji) yang dipotong dadu. kemudiannya, ketepikan.

gunakan lebihan minyak yang sama, tumiskan cili giling (1 sudu kecil) dan tomato puri (2 sudu kecil) sampai naik bau dan masak. masukkan semula bahan ayam udang dan sosej yang diketepikan tadi. gaul rata. tambah air panas (5 sudu besar) dan biarkan mereneh atas api kecil. tambahkan herba basil, lada hitam, stok ayam, garam dan perasa secukupnya.

akhir sekali masukkan semua makaroni yang telah dimasak lebih dahulu bersama-sama keju cheddar (3 keping) dan herba bolognaise (1 sudu kecil). kacau rata.

kalau agak pedas, bolehlah diseimbangkan rasanya dengan menambahsedikit gula.

dah siap, bolehlah dihidangkan..


pssstt: kalau tak nak guna cili giling pun tak apa..

3 comments:

DYLA said...

ayo sedapnya normi..... aku sudah la peminat makaroni....

Unknown said...

cuba dulu deyll, kot harus ditambah-tolak bab citarasanya...lain padang lain belalang. hehehh

dah cuba, jgn lupa...tepek komen atau modified recipe-nya kat sini. tq!

adi said...

haa..ni bleh cuba.saya peminat macaroni...rona roni macaroni.hehe.mmg slalu gak buat macaroni goreng ni..tapi resipi akak leh ditry.. nampak sedap sekali.cuba tukar ke fettuchini.sedap gak...ala rasa lebih kurang je.bentuk je lain