pulut durian adalah hidangan kegemaran Mr. Hubby sekeluarga.
masa mula-mula menikmati pulut durian selepas berkahwin, saya memang tak boleh terima. maklumla, cara berbeza.
cara saya yang senang nak dapat durian (memandangkan dibelakang rumah mak abah saya banyak pokok durian) memang jadi tak sabar bila nak kena tunggu durian dimakan dengan pulut. mana idaknya, nak masak pulut ambil masa. nak kena perah santan pulak lagi...
cara saya, dapat durian terus sahaja hadap! tak payah nak tunggu-tunggu daaah...
tappi itulah ye, kelebihannya...
sedap juga rupanya pulut durian ni.
1. tanak pulut macam biasa.
2. sediakan durian. kalau boleh pilihlah durian yang bagus kualitinya. kalau dapat yang mengkal atau tak sedap...tak 'jalan' nak makan ngan pulut dan santan ni...makan ajelah durian tu.
3. sediakan santan. kalau tak boleh makan santan mentah (kalau saya, sakit kepala) masaklah sekejap atas api, tapi jangan sampai pecah santan ya. tambah sedikit garam.
4. gula.
cara menghidangkannya;
senduk pulut dan durian keatas pinggan. curahkan kuah santan dan taburkan gula keatasnya.
apa lagi....
silalah nikmati!
No comments:
Post a Comment