Wednesday 16 December 2009

Sambal Goreng Jawa

Sambal Goreng Jawa bukanlah seperti 'sambal' lain yang dapat y'all bayangkan -yang mungkin merah menyala, atau hijau (cili padi hijau) dan pedas. Sebaliknya, Sambal Goreng Jawa memerlukan bahan yang agak banyak, dan cara memasaknya mungkin agak melecehkan bagi sesetengah orang. Dan tidak pedas.

I teringat selebriti kita, Amy Mastura -dalam sebuah rancangan santai wanita terbitan TV3 yang terkejut dengan hidangan ini; nama lain, tetapi rupanya lain!

Percayalah, sekali dah rasa, mesti tersangkut! ngehehehee~~~

Sambal Goreng Jawa sedap dihidang bersama nasi panas, dan merupakan salah satu hidangan yang pasti ada dalam juadah Nasi Ambeng khusus masyarakat Jawa. Bahan utama yang perlu ada adalah organ dalaman ayam atau lembu seperti hati, pedal, jantung dan babat (perut lembu).

Resepi dibawah I perolehi dari My Resepi. Kes malas nak taip lah ni. Ini resepi paling lengkap yang I perolehi dari internet, setelah menilik beberapa catatan resepi lain yang seumpamanya.


Sambal Goreng Jawa



Bahan-bahan ( untuk 5 org )
5 ketul hati dan pedal ayam direbus dan kemudian dipotong dadu
500 gm udang halus dikopek kulitnya
2 bungkus tempe dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
2 ketul tauhu dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
2 biji kentang dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
kacang panjang dipotong serong -rujuk gambar 2.
soon, tahu kering direndam
3 biji bawang besar. dihiris halus
4 ulas bawang putih. dihiris halus
3 biji lada besar dihiris.
boleh tambah cili padi bg yg sukakan pedas
serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar cili kisar
bunga kobis
Kiub pati ayam*

Cara-cara
  1. Tumis cili kisar, masukkan bawang besar, bawang putih, lada besar yg sudah dihiris.
  2. masukkan pedal dan hati. kacau lama sket dan kemudian masukkan udang
  3. tabur serbuk lada sulah dan kacau
  4. kemudian masukkan kacang panjang dan bunga kobis.
  5. pastikan sayur tidak terlalu masak. masukkan tempe, kentang, tahu yg sudah digoreng. kacau
  6. last skali masukkan soon dan tahu kering.
  7. jika ingin rase yg berlemak boleh masukkan santan dan kicap. tambah kiub pati ayam dan garam (jika perlu). kacau-gaul hingga kering.
  8. boleh juga ditambah sayur lain spt carrot, kobis. boleh juga dicampur kicap. sambal goreng adalah menu wajib dalam nasi ambang.
Sumber: Syahlia, MyResepi

Gambar 2: Cara potong kacang panjang dan kentang untuk SGJ ni pun mesti kena caranya. Itu disebut sebagai seni (ni 'AMARAN' nenda I). hahaha

Notakaki:
* Yang I masak (gambar) tak cukup bahan. so y'all won't notice any tempe, suhun, tauhu kering dan udang. Dan sayur tambahan pula adalah bunga kobis, jika mahu tambah kobis pun boleh.

** Kalau ada leftover Sambal Goreng Jawa ni dan nasi, biasanya I jadikan nasi goreng.

*** Bahan tambahan ikut citarasa I.

No comments: