Sunday 20 December 2009

Sate Banjar

Bahan daging didalam resepi ini boleh digantikan dengan isi ayam, ikut pilihan masing-masing. Sate (versi) Banjar ini amat mudah disediakan, dan pastinya berbeza berbanding sate Jawa, terutama dengan adanya sos tomato, lain daripada sambal kacang kebiasaannya. Berikut adalah resepinya yang disalin daripada majalah, namun methodnya mengikut yang telah I sediakan.




SATE BANJAR


Bahan:
300 gm daging -dihiris nipis
1 1/2 sudu kicap manis -I gunakan kecap ABC
1 sudu makan minyak masak
1/4 sudu teh garam

Bahan Sambal:
5 biji cili kering -direbus
2 biji cili merah -direbus
3 ulas bawang putih
5 sudu makan sos tomato
1 sudu teh petis udang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu makan air

Cara membuatnya:
1. Sambal: kisar halus cili dan bawang putih. Tambahkan sos tomato, petis, garam, gula dan air, kacau rata.
(My way: I lebih suka sambal ini ditumis sedikit)

2. Satukan daging, minyak masak, garam, kicap pekat manis dan 5 sudu makan bahan sambal.
Perap seketika -bergantung ketebalan daging yang anda sediakan. Kalau nipis, cukuplah setengah jam. lebih tebal, biar perap lebih lama agar rasanya sebati.

3. Cucuk daging pada lidi sate dan dibakar sambil diputar-putar atas pembakar supaya sate elok masaknya.
(My Way: I tak ada stok lidi sate, jadi I pan-grill sahaja daging tersebut).

4. Hidangkan sate dengan baki sambal.

Sumber: Majalah Sedap (Bil. 18, Vol 2, 2009)


Selamat menjamu selera!


No comments: