Wednesday 24 February 2010

Onde-onde berinti kacang hijau.

Ini antara kuih kegemaran I (errr...kebanyakan kuih Melayu semuanya kegemaran I) hehehh
I panggil Kuih Bom, dulu tak tahu kenapa dipanggil sebegitu namanya, cuma berfikir mungkin kerana saiznya yang gabak besau lalu dipanggil begitu. Bila bikin sendiri baru tahu kenapa...

kuih ni boleh malatop dalam kuali sewaktu digoreng. Gituler gamaknya, bagaiman ia mendapat nama Kuih Bom. Nama lain Onde-onde.

ONDE-ONDE / KUIIH BOM

Bahan untuk inti:
(Ikut pilihan masing-masing, boleh buat inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau. Kalau ada lebihan bubur kacang hijau pun boleh digunakan juga)

1 cawan Kacang hijau (direndam semalaman, direbus sehingga lembut)
Gula pasir dan gula merah atau kabung secukup rasa
Air secukupnya

*Inti sebaiknya disediakan lebih awal dan disejukkan sebelum dibentukkan bulat-bulat.

Kacang yang sudah direndam, direbus sehingga empuk. Buang lebihan air rebusan, tambahkan gula. Jika masih basah, panaskan atas api sehingga pekat. Sejukkan.

Bahan untuk doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gamdum
1 sudu kecil air kapur (boleh ketepikan jika tiada)
sedikit garam
3/4 cawan air (lebih atau kurang)

Bancuh kesemua bahan doh sehingga tidak melekat di tangan.
Bentukkan bulat-bulat, Saiz setiapnya biar cukup untuk diisikan dengan inti tadi.
Leperkan sebiji doh, isikan dengan inti dan kemaskan / tutup inti tadi.
Golekkan atas bijan sehingga menyelaputi keseluruhan bebola kuih.

panduan:
sebaiknya kuih terus digoreng setiap kali siap digolek atas bijan.
Minyak jangan terlalu panas. Dan jangan pula tidak cukup panas kerana nanti kuih akan menyerap minyak.
Kuih mesti digoreng terendam (deep fry).
Boleh disimpan sejuk-beku selepas digoreng separuh masak.



No comments: