Tuesday 9 March 2010

Agar-agar Marble


I tak dapat cari nota resepi yang ditulis oleh kak Yosh pada lamannya. Hehh..pertama, kes malas nak taip balik la ni, dan akhirnya, terpaksalah juga I taipkan semula resepi Agar-agar Marble ini. kedua, I ada buat sedikit alteration pada resepi asal (kerana sewaktu bikin agar-agar ini I tidak merujuk resepi, ingat-ingat dan buat sahaja) jadi, kalau ada resepi asal yang diperoleh daripada Kak Yosh tu, dapatla dijadikan catatan tambahan.

Ok, jom kita mulakan.

AGAR-AGAR MARBLE 
(kalau tak silap, Kak Yosh menulis nama hidangan ini 'puding marble')

Bahan-bahan:
A)
1 bungkus agar-agar (strips) cap burung layang-layang (atau apa jua pilihan y'all)
direndam/dilembutkan dan direbus dengan 1000ml (1 liter) air sampai hancur.


B)
400 ml air
7 keping roti sandwich (I gunakan Gardenia) -jika lebih, bancuhan akan jadi lebih pekat.
* carik dan celup roti dalam air, kemudian kisar sampai halus.

C)
250 gm coklat masakan dipotong dadu kecil-kecil
1 sudu kecil serbuk kopi segera atau nescafe
3/4 cawan susu cair
Gula ikut citarasa
* Dicampur kesemuanya dan dipanaskan atas dapur dengan api kecil sampai coklat cair.

D)
Susu cair  dan gula secukupnya mengikut citarasa untuk dicampur kedalam bahan (A) kemudian nanti.

Caranya:
1. Satukan bahan roti yang telah dikisar (B) kedalam agar-agar (A). Pastikan bancuhan agar-agar masih panas sebab proses nak 'marbling' akan memakan masa skit. Kalau tak tangkas nanti agar-agar cepat sejuk dan tak menjadi pula corak marble tu.

2. Bahagi kepada dua  bahagian.
Satu bahagian agar-agar dibancuh dengan bahan coklat cair (C).
Manakala satu bahagian lagi ditambah bahan susu cair dan gula secukup rasa (D).

3. Ambil acuan atau loyang, sendukkan adunan putih (susu) dan coklat secara berselang seli. Kalau mahu corak yang sekata, adunan biar sama banyak (gunakan senduk yang sama saiznya). Tuang adunan agar-agar yang pertama DI TENGAH-TENGAH loyang/acuan. Diikuti lapisan coklat diatasnya, diulang-ulang sehingga bancuhan habis.

Hasilnya akan dapat begini.

Sejukkan agar-agar sehingga keras sebelum dihidangkan. Enak dimakan dingin.

Bila dipotong begini, macam kek la pulak...

Notakaki:
1. Bahan (C) boleh digantikan dengan bancuhan serbuk koko atau milo bersama susu dan gula. Juga tambahan pes coklat (chocolate emulco) jika ada. ATAU coklat Cadbury! wooowww!

2. Kalau bancuhan terlalu pekat, agar-agar akan cepat mengeras, dan hasil corak marble-nya tidak akan menjadi begitu cantik.

Selamat Mencuba!

1 comment:

Jusjk'slife said...

megancam.... sok nk buat!