Bahan:
(A)
500 gm tepung roti / tepung berprotein tinggi
100 gm gula
1 sudu teh garam
30 gm susu tepung
1 sudu teh bread improver [optional]
1 sudu teh bread softener [optional]
4 sudu teh yis [mauripan]
(B)
250 ml air
1 biji telur [dipukul sedikit]
(C)
40 gm mentega
40 gm shortening
Cara nak buat:
1. Campurkan kesemua bahan (A). Aduk sebati.*
2. Masukkan bahan (B) dan uli sampai lembut.
3. Tambahkan pula (C) dan uli lagi sampai lembut dan berkilat serta tidak lagi melekat-lekat.
4. Biarkan selama 30-40 minit supaya doh mengembang dengan sempurna. Tutpkan mangkuk doh dengan kain bersih yang lembap.
5. Punch doh supaya angin yang terkumpul didalamnya dapat keluar.
6. Bahagi-bahagikan doh kepada beberapa bahagian lebih kecil [saya buat setiap satunya seberat 50 gm]. Dan biarkan seketika untuk doh mengembang semula.
7. Bentukkan ikut suka. Sapukan mentega cair.
8. Biarkan doh mengembang seketika sebelum dibakar sehingga kuning keemasan.
* saya skip bread improver & bread softener sebab dua bahan tu tak ada dalam simpanan.
** roti hari ni saya berikan inti sambal sardin dan keju cheesedale.
terima kasih saya ucapkan kepada MamaFami [kenalan di fotopages.com yang memperolehi resepi ini daripada Roshayati Johari].
1 comment:
Alhamdulillah dah berjaya buat roti ye. Macam mana rasanya? Ok? Mama selalu click nak masuk fp Misniaa tapi tak leh. Dia kata kena boh password...Sib baik teringatkan link yang ni...Anyway, well done!
Post a Comment