Tuesday 21 March 2006

Brownies


BROWNIES:
180gm mentega [cairkan]
300gm gula
1-1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
180gm tepung serba guna* }
125gm serbuk koko } di ayak bersama
2 sudu besar susu segar

1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Caranya:
1. Panaskan oven -130°C. Griskan dulang pembakar berukuran 8x8 inci [square pan].
2. Adukkan mentega, gula dan vanila dalam mangkuk. Tambahkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam; masukkan telur sedikit demi sedikit. Tambahkan susu.
3. Aduk campuran sehingga rata dengan menggunakan mixer.
4. Masukkan adunan kedalam pan, bakar selama 40 - 45 minit atau sehingga bahagian tepi brownies lekang dari dulang pembakar.
5. Sejukkan pada suhu bilik. Potong persegi. Curahkan coklat cair diatasnya.

COKLAT
2-1/2 sudu mentega
50gm coklat masakan [cairkan]
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu gula halus
1 hingga 2 sudu susu segar

air panas

Caranya:
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk tahan panas. Dan rendamkan mangkuk tersebut ke dalam air panas [diisikan dalam mangkuk yang lebih besar]. Biarkan bahan-bahan lembut/cair dan aduk sehingga sebati.


* boleh gunakan tepung gandum sahaja, pastikan ianya diayak.

2 comments:

Anonymous said...

Alahai, sorrylah Yang, mama tak perasan dah ada entries baru, banyak pulak tu. Skrg ni musim hujan, so selalu je tenet down. Tu yang malas nak 'merayau' merata. Wah...nampaknya sekarang ni musim brownies la pulak ye...

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »