Saturday 25 March 2006

Mufin Epal & Cip Coklat


Bahan-bahan:
100gm cip coklat
2 biji epal merah [dikupas & dipotong dadu kecil]
280gm tepung naik sendiri
250gm gula pasir
3/4 suduteh baking soda
1-1/2 suduteh baking powder [nak skip pun boleh]
1/2 suduteh garam
1-1/2 suduteh serbuk kayu manis
4 biji telur [kalau dapat yg besar, 3biji je cukup]
150ml minyak masak
1-1/2 suduteh esen vanilla

Caranya:
1. Panaskan oven terlebih dahulu [180 darjah C]
2. Campurkan tepung, gula, cip coklat, baking soda & baking powder, garam serta serbuk kayu manis dalam satu mangkuk besar.
3. Dalam mangkuk yang lain pula, pukulkan telur, minyak dan esen vanilla. Kemudian masukkan bahan basah ini kedalam bahan kering #2. Kemudian masukkan epal. Gaul sehingga rata.
4. 'Scoop' kan bahan batter kedalam mangkuk muffin. Dan bakar sehingga masak kira-kira 25minit.

al-kisahnya, saya mencari muffin pan yang serasanya disimpan dalam kabinet. tapi tak berjumpa...ermm...disebabkan bahan2 semua dah siap disediakan, tinggal nak bakar aje, saya gunakan aje pan 8x8inc. arrhh....mufin saya bertukar menjadi kek pula! Kerana saya menggunakan bekas 8x8inc itu, jangkamasa membakar lebih lama sehingga 50minit.

No comments: