Thursday 18 September 2008

Acar Buah

acar buah! augghh...nyummmy. kecur bila memikirkannya.

saya bercadang nak bikin nasi beriyani. memang sedap kalau ada acar buah ni bersama hidangan. biasanya style johor la yang hidangkan nasi beriyani dengan acar buah ni. kalau kat tempat lain, rata-rata acar mentah sahaja. maklumle...kos nak bikin acar buah ni, memang mahal skit la berbanding acar mentah tu.

mak suka bikin acar buah ni. resepi mak, acar buah dengan daging. sedap! errm...sekian lama asik mak bikin, kali ni, biar saya pula bikin!


acar buah ni bukan saja sedap dimakan dengan nasi beriyani, malah nasi bukhari, nasi khabsa, nasi minyak, sekalian hidangan nasi arab lah kiranya, bertemankan gulai daging or simply dalca. nasi putih pun boleh...panas-panas...aiii...tak leh laa nak citer panjang-panjang, makin kecur dibuatnya!

buahan kering yang digunakan, mana yang besar, saya potong kecil (jangan halus sangat nnti tak terasa pula) supaya acar nampak banyak. kalau ada yang suka acar buah ada rasa berempah sedikit, boleh tambahkan serbuk kari. sedikit sahaja. dalam resipi ini saya tak bubuh, tapi kalian boleh tambah dalam 2 sudu besar. rempah kari tersebut sebaiknya disangai terlebih dahulu bagi menaikkan aroma dan rasanya.

cubalah bikin sendiri, lepas ni tak perlu beli yang ready made di pasaraya.

kebetulan, hari ini SIL dan MIL masak nasi Bukhari di rumah, dan saya pula bikin acar buah. a grrrrreeeaaatt companion! sebenarnya saya bikin untuk simpanan EidulFitr, tapi kami rasmikan lebih awal la. heheh

ACAR BUAH

Bahan
800 gm buah campur [kismis hitam/kuning, prune, aprikot, mangga jeruk, betik jeruk, buah kana, ceri...ikut pilihan anda]
sedikit cili api jeruk }
sedikit nanas jeruk } simpanan sedia ada dalam peti

Bahan Mesin Halus
bawang merah kecil }
bawang putih } 4 senduk
halia }
cili kering } 2 1/2 senduk

bawang merah kecil (15 ulas)
bawang putih (15 ulas)
minyak yang banyak untuk menumis
2 1/2 senduk gula pasir
cuka secukup rasa
3 sudu besar orange marmalade
bijan [disangai]

Cara:
1. Panaskan minyak, agak banyak kerana kita tidak menggunakan air dalam pembikinan acar buah ini dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi, garing dan naik minyak di atas api (yang sentiasa) kecil. sentiasa kacau selalu supaya tidak hangit (walau sedikit pun). hehehe memang ambil masa sedikit, tetapi inilah rahsianya supaya cili elok masaknya, dan bagi menjamin ketahanan acar buah kita.

2. Masukkan gula dan cuka secukup rasa. bagi yang suka acar kurang pedas, lebihkan gula dalam resepi ini. biarkan mereneh sehingga naik minyak. ingat ye, api mesti kecil dan sentiasa dikacau. masukkan bawang merah & bawang putih yang sebiji-sebiji tu. saya bubuh ni sebab MIL dan my sis Nabila suka bawang putih tu dan saya pula suka bawang merahnya.

3. Masukkan semua buah campur & jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat. akhir sekali masukkan orange marmalade dan bijan yang telah disangai, dan gaul rata.

4. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas bersih dan kering.





2 comments:

ciktembun said...

i suka datang sini sebab u bagi ingredient measurement detail. bukan jenis campak2.susah hati saya kalo nak cuba resepi tapi measurement tak tepat.kalau ada sifu2 lain, diorang letak kuantiti untuk masak banyak.enuff said, kalo saya ubah ikut kuantiti kecil, resepi biasanya tak jadi.heheh..budak baru belajar.

eniwei, since puan ni orang Jawa (kan,,kan,,kann....?) saya nak respi sambal jawa (yang ada campur santan, suun dan dsb)

Unknown said...

selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah ciktembun!

saya pun budak baru belajar...
sambal jawa yang ciktembun sebut tu TUMISAN ye? kalau my family recipe ada suun, kacang panjang, kacang telo, carrot, kentang..insyaAllah, saya akan cuba tuliskan resepi dan cara memasaknya disini.

ciktembum stay tune aje lah ye. hehe tak janji bila nak tulis, tapi saya ikhtiarkan.


pssstt: kena rujuk nenda! hahah