Tuesday 14 October 2008

Udang Galah masak lemak cili api

tak tahu nak ngomel apa kali ni...
kalau ada yang suka udang galah, atau masak lemak tentu terliur dengan hidangan ni. selain udang galah, saya suka juga ketam walaupun leceh nak makan. insyaAllah, akan datang saya update resepi ketam pula. enjoy!

Udang Galah Masak Lemak Cili Api

6 ekor udang galah (dibersihkan)

4-5 biji bawang merah rose
3 biji bawang putih
1 bawang besar
3 biji cili api
1/2 sudu kecil ketumbar biji
kesemua 3 bahan pertama ditumbuk sampai lumat setelah tu masukkan cili api dan ketumbar biji dan tumbuk sekadar pecah sahaja.

2 batang serai
kalau dapat serai yang jenis besar tu satu batang je cukup. serai ni dititik.

sayur kacang buncis atau kacang panjang
tomato
minyak masak untuk menumis
air
3 sudu besar santan pekat (pati)
garam

caranya:
ambil sedikit bahan yang ditumbuk dan gaulkan pada udang. perap sekejap.
panaskan minyak untuk menumis tu, dalam 2 sudu besar je cukup. kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai wangi dan setelah tu masukkan pula udang. kacau lagi supaya tumisan kita tidak hangus.

kemudian masukkan air sekadar tenggelam udang-udang tu. jangan banyak sangat melainkan kalian nak kuah yang cair. biar menggelegak, kemudian tambahkan garam secukupnya. kalau suka rasa masam-masam skit bley tambah sedikit asam keping. tapi dalam resepi ni saya tak bubuh.

masukkan pula sayur kacang (ini bergantung kepada selera kalian). tak mau bubuh pun tak pe. biar seketika barulah masukkan santan. kecilkan api, kacau selalu. masukkan tomato yang dipotong ikut kesenian masing-masing dan tutup api.

saya juga tambah cili api beberapa biji. kalau terasa kuah kurang cukup pedas, haaa apa lagi, gigitlah cili api tu!

selesai....!!


saya gunakan santan kotak tu je, bergantung kepada citarasa masing-masing la samada nak santan asli ke... saya ni tak suka nak simpan santan segar dalam freezer sebab jadinya tak cantik bila digunakan dalam masakan di kemudian hari kerana santan segar yang dibeli dipasar tu kebanyakannya dicampur air. bila digunakan dalam masakan (setelah sejuk beku) nampak berketul-ketul macam pecah santan je masakan saya tu...

kuah lemak cili api ni kalau masih berbaki, mr. hubby suka benar makan dengan roti. kalau ada masa lebih, bikin pulla capati...makan ngan kuah tu..perrrggghhh! sodapnyooo....!


till next post!

No comments: