Nei Urundai (ghee balls) source: Flavours
100gm minyak sapi
10gm badam, cincang kasar
10gm gajus, cincang kasar
10gm raisins
250gm tepung kacang hijau
250gm gula pasir
Panaskan pan dan cairkan minyak sapi. sebaik sahaja minyak sapi panas,
masukkan kekacang dan masak hingga kekuningan atas api sederhana. kecilkan api
dan tambahkan tepung kacang hijau serta gula pasir. gaul rata sampai jadi
doh.padamkan api dan alihkan doh ke atas pinggan leper. bentukkan doh ini
bulat-bulat sebesar buah limau nipis (dengan tangan ye!) dan aturkan di atas
tray, biarkan sejuk dalam suhu bilik.Nei Urundai tahan selama sebulan jika disimpan dengan baik
didalam bekas kedap udara.
kalau orang lama nak bikin tepung kacang hijau, banyak kerjanya serta rumit. menurut my mak, kacang hijau perlu disangai dengan baik supaya rata masaknya sebelum di giling smpai jadi tepung.
kalau orang Melayu kita, tepung kacang hijau ni untuk biki kuih putu la. ada yang tak kenal kuih putu ke? sedap tau kuih tu. saya tak reti bikin, tapi ada juga hajat nak belajar. kalau ikut cara moden tah jadi ke idak. sebab kalau tak kena cara, kuih tak sedap, dan cepat rosak.
No comments:
Post a Comment