Wednesday 19 August 2009

Apple marinated Chicken


Sementelah bahannya ada, saya cuba buat ayam yang diperap dengan apple ni. Bahan semuanya sama kecuali ayam, saya gunakan apa yang ada, bukan kepak sahaja. serta daun thymes yang saya gantikan dengan fresh rosemary.

Apple marinated Chicken

Bahan-bahanya:
8 ketul kepak ayam
2 biji bawang putih
1/2 biji epal
2 sudu besar madu
1/4 biji bawang besar
2 sudu besar tomato ketchup
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
dan sedikit lada sulah

bahan taburan
beberapa daun thymes ( disiat kasar atau potong kasar)*

Caranya
1. Blender semua bahan kecuali daun thymes dan perap pada ayam selama lebih kurang 1 jam atau lebih, sebelum dibakar taburkan daun thymes dan bakar pada suhu 180 atau 200 darjah selama 40 minit ataupun sehingga permukaan kepak ayam menjadi perang dan garing. angkat dan hidangkan panas-panas. selamat mencuba.

Sumber daripada: Ros


Cara memasaknya boleh apply dua kaedah,
1. dibakar dalam oven.
2. atau dipanggang atas dapur.

Tapi saya buat kaedah dua dan hasilnya agak basah/lembab seperti yang saya ingini. Dalam oven pun boleh dapat hasil yang sama tapi kena rajin keluarkan-balikkan-dan sapukan bahan perapan.

Dipanggang pun begitu juga caranya. Kalau garing macam yang terhasil oleh Ros, pasti sedap juga tu!

enjoy!

2 comments:

DYLA said...

ayam yg diperap ngan epal?

epal merah atau epal hijau?

Unknown said...

Aku gunakan epal Hijau [granny smith]. epal merah pun boleh juga.