Friday 13 October 2006

Tun's Rich Fruit Cake

Dear all, ini resepi kek buah kegemaran keluarga Tun. My mom have her own recipe, so do i. Jadi kitorang selalu gaduh-gaduh [sayaaaang] nak buat yang mana satu. Hahaha This one is mine, retrieved from my Australian Womens' Weekly recipe collections. It is actually a recipe of english wedding cake. Disebabkan kek buah ni berat, sesuai la untuk dijadikan kek kahwin [kek diorang yang cantik-cantik berhias dengan royal icing atau fresh flowers, tinggi melangit bertingkat-tingkat tu...].

Sorry, sebab i couldn't find the photo from my archives. Ini gambar
kek buah from mom's recipe yang kami jadikan hantaran waktu majlis pertunangan
Tun tahun lepas.


Tun's Rich Fruit Cake
Prep. time: 15 mins. Cooking time: 3-4 hours. Specialty: sweet and nice with soft texture Serving type: Dessert Cooking style: Bake or steam.

Bahan A:
850 gm mixed fruits [Tun campurkan aje semua buah-buah kering yang sesuai - currants, raisins, lemon peels, pitted prunes...]
1/2 cawan air
2 s/b gula halus
4 s/b jus sunquick [boleh gunakan oren, blackcurrant atau yang anda suka]

Kesemua bahan A ini disatukan, dan dibiarkan semalaman. Ini bagi membolehkan buah-buah kering tadi lembut.

Bahan B:
155 gm mentega
1 s/k parutan kulit lemon]
1 s/k parutan kulit oren] ambil bahagian kuning sahaja sebab yang putih tu pahit. These two are optional.
140 gm gula perang
3 biji telur
280 gm tepung] diayak dengan
2 s/t serbuk penaik
1 s/t herba campuran [boleh gantikan dengan serbuk kayu manis]

Caranya:

1. Panaskan oven ke suhu serendah 150 darjah celcius. Lapikkan loyang kek dengan kertas minyak [1 layer of brown paper, and 3 layers of grease paper].
2. Pukul mentega, parutan lemon dan oren serta gula sampai sebati. Tambah telur satupersatu. Pukul lagi sehingga sebati kesemuanya.
3. Tuang bahan yang dipukul kedalam buah-buahan kering yang telah direndam semalaman, kemudian masukkan tepung dan herba campuran. Gaul sebati.
4. Tuangkan mixture tadi kedalam loyang kek yang telah disediakan, ratakan bahagian atasnya. Hentakkan secara perlahan loyang tadi supaya mixture rata dengan sebaiknya [angkat loyang setinggi 10cm dari permukaan meja dan lepaskan -buat 2-3 kali].
5. Bakar dengan suhu rendah selama 3 ke 3 1/2 jam, sehingga masak.

Kek buah ni sangat tahan lama, boleh disimpan sehingga 2-3 bulan. Lagi lama disimpan, rasanya lebih sedap sebab kek ni jadi 'matang'. sooo-oo-oo yummylicious!

Cara memasak: bakar atau kukus. Kalau kukus, the resulting cake jadi moist gituu...

Cara penyimpanan:
Setelah kek disejukkan, keluarkan dari loyang [leave the lining paper intact] dan balut dengan plastik [cling film]. Simpan dalam bekas kedap udara, dan boleh simpan dalam peti.

# Kek ni memang memerlukan buah yang banyak, sebab tu namanya 'Rich'.

# Kalau tak nak kek terlalu kering apabila dibakar, letakkan air pada tray semasa membakar dan ditambah dari semasa ke semasa.

# Cucukkan test stick ditengah-tengah kek untuk memastikan samada kek dah masak atau belum. Kalau tepung masih terlekat, tandanya belum masak. Kalau yang melekat pada test-stick tu cuma buah tanpa adunan tepung, maknanya dah masak.

# Tempoh masa mengukus pun lebih kurang sama lamanya dengan tempoh memasak cara bakar.

1 comment:

Megan Fox said...

Sedap .. puasa nie bertambah selera!