Monday, 23 February 2009

Tom Yam

salaam.

kali ni saya nak ketengahkan menu tomyam. tapi ini bukan susulan entry Laksa TomYam di livetolove territory, ya.

apa yang akan kalian baca selepas ini sebenarnya sudah lama berada dalam draft box saya cuma tak ada gambar yang sesuai nak ditempelkan bersama. ini adalah Tom Yam Udang dengan Cendawan dan putik jagung yang disediakan beberapa hari lepas.


ada rakan yang meminta resepi Tom Yam daripada saya sebelum ini. lebih tepat dan adil kalau saya katakan, cara saya memasak Tom Yam. untuk menulis semula resepi-resepi masakan yang saya ada, memang mengambil masa...tapi saya berasa ada kepuasan apabila dapat menuliskannya disini kerana kebanyakan masakan saya itu, walaupun biasa-biasa sahaja dan kadang-kadang tu adalah edisi main bantai sahaja...ada pula yang kena dengan citarasa.

tang memasak tom yam, saya sendiri bukannya pandai. mula-mula dulu masak tomyam pakai perencah sedia ada di kedai sahaja. kemudian setelah berumahtangga, saya ambil kesempatan untuk belajar masak tomyam (yang lain dari cara saya sebelumnya) daripada biras saya iaitu Kak Na (Nik Rozyana). biras saya, iaitu kakak ipar suami saya berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan banyak menghabiskan masa kecilnya tinggal bersama keluarga di Golok. jadinya, makanan Thai bukan lagi asing pada kak Na.

okeh, straight forward kepada cara saya bikin tom yam ya...

paste Tom Yam.

paste tomyam ni kalian boleh bikin sendiri atau beli sahaja yang sedia dijual dikedai-kedai dan pasaraya. oohh...ada berlambak diluar sana, tinggal lagi pilih sahaja mana yang kena dengan citarasa.




saya juga, biasanya beli yang sedia ada ini juga. luar biasanya kalau saya bikin sendiri. kalau nak bikin sendiri, biasanya buat banyak la, banyak yang boleh disimpan untuk mungkin 5-6 kali memasak, boleh jimat masa. disini saya tuliskan bahan dan caranya tapi tanpa sukatan ya. saya kira masing-masing tahu bagaimana rasanya tom yam itu, jadi, kalau nak cuba buat sendiri, tambah tolak sahajalah mana yg terlebih dan terkurang...hehhh

caranya;
bawang merah yang banyak,
bawang putih sedikit,
serai, lengkuas, daun limau purut, akar ketumbar
asam jawa, tomato ranum,
cili kering, cili api
garam, gula.

semua bahan diatas dikisar kecuali asam jawa.
panaskan minyak untuk menumis. kalau buat paste ini untuk disimpan, sebaiknya tumis dalam minyak yang lebih sedikit kerana nanti bila disimpan, minyak itu membantu untuk preserve paste kita. tumis bahan yang dikisar atas api sederhana sampai wangi dan masak, tambahkan asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. gula sikiiiitt sahaja, kita tak nak rasa manis menjejaskan rasa tomyam yang sepatutnya masam dan pedas.

itu kalau nak bikin pes sendiri....terpulang, cara mana yang mudah. beli atau buat sendiri?

tom yam.
nak memasak tom yamnya pula, begini...kita cerita-cerita sahajalah ya.
kira-kira untuk sekeluarga 4 orang makan.

mula-mula didihkan air (atau sebaiknya stok ayam). kemudian masukkan lengkuas yang dihiris, sedikit akar ketumabr dan serai yang telah dititik. kalau nak tomyam merah, bolehlah tambah sedikit cili giling dalam satu sudu kecil. masukkan juga bawang besar yang dipotong baji serta daun limau purut yang telah dibuang tulang daunnya. masukkan sekali sedikit garam. kalau nak pedas boleh tambah juga cili api yang ditumbuk sekadar pecah-pecah sahaja.

kalau nak buat tom yam makanan laut, sebaiknya udang dan sotong dicelur dahulu sebab air udang dan sotong akan menjejaskan rasa tom yam.

masukkan bahan-bahan lain mengikut citarasa anda, ayam, daging, udang atau sotong serta sayur-sayuran.

akhir sekali masukkan pula paste tom yam (ikut kegemaran masing-masing, nak bikin sendiri atau beli yg dah siap...) bergantung citarasa masing-masing juga. tambahkan rasa masam dengan perahan air limau nipis. tabur dengan hirisan daun ketumbar.

ermm...begitulah caranya...

1 comment:

DYLA said...

erm sedapnya!

aku nak cube buat la..